Wednesday, February 22, 2012

RUMAH YANG DISUKAI MALAIKAT

RUMAH YANG DISUKAI MALAIKAT

Rumah bukan sekadar tempat kita berlindung dari panas dan hujan.. Rumah juga bukan sekadar tempat untuk kita berehat melepaskan lelah lenguh, setelah penat bekerja... Rumah juga mesti menjadi tempat yang dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT, dan juga menjadi tempat yang disukai oleh malaikat... Mudah-mudahan rumah yang disukai oleh Malaikat akan banyak rahmat, nikmat dan doa dari malaikat untuk kita...

Antara rumah yang disukai oleh malaikat ialah:

1. Rumah mereka yang bersuci dan berzikir..


2. Rumah orang yang rukuk dan sujud... ada ruang untuk solat berjemaah..


3. Rumah orang yang bersifat benar dan menunaikan janji..


4. Rumah yang makanannya halal..

.
5. Rumah yang penghuninya bersilatur rahim..


6. Rumah yang penghuninya berbuat baik terhadap ibu bapa..


7. Rumah suami isteri yang soleh dan solehah..


8. Rumah penghuninya tidak melakukan perkara haram dan munkar..


9. Rumah yang penghuninya mengamalkan salam dan meminta izin..


10. Rumah yang penghuninya bersifat merendah diri dan hormat menghormati..


11. Rumah yang menolak perkara-perkara keji..

.
12. Rumah yang penuh kasih sayang antara penghuninya....

Jadikanlah rumah kita seperti yang disebutkan... Mudah-mudahan penuh rahmah dan berkah dari Allah SWT......

6 comments:

Gee® said...

Subhanallah... terima kasih sharing

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Ini dah boleh kalahkan Utazah Bahyah...anyway good ingat mengingati satu sama lain...lawa muffin tu

MamaFaMi said...

Semoga rumah mama termasuk di dalam kategori ini. Amin. Harus terus berusaha, insyaAllah.

REEN KHAN said...

salam gee
sama sama..;0 terima sudi datang ke dapur reen

REEN KHAN said...

salam puan paty's
hehhehe sama sama berkongsi ilmu yang baik

REEN KHAN said...

salam mamafami
wow saya teruja puan sudi hadir di dapur saya .. terima kasih

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...