Tuesday, February 14, 2012

Pai Tee

Untuk kulit:

1) 100 gram tepung ubi
2) 100 gram tepung gandum
3) 100 gram tepung jagung
4) 1 biji telur
5) air secukupnya(lebih kurang 300 ml)
6) ½ sudu teh garam
7) minyak masak yang banyak(untuk goreng)

Untuk kulit:

1) Masukkan semua bahan kecuali minyak dan air. Tambah air sedikit demi sedikit dan
gaulkan sebati. Pastikan adunan tidak terlalu cair.
2) Panaskan acuan pai tee dalam minyak panas.
3) Celup acuan ke dalam bancuhan tepung.
4) Celupkan semula kedalam minyak panas.
5) Biarkan hingga kulit tertanggal sendiri.
6) Goreng sehingga kekuningan.
7) Angkat dan toskan.
Masukkan inti kedalam kulit pai tee dan hidangkan bersama cili sos serta taburan kacang goreng.


Untuk inti :

1) 2 sudu minyak masak
2) 2 ulas bawang putih (cincang halus)
3) ½ biji sengkuang
4) 1 batang lobak merah
5) 1 keping tahu goreng.(potong dadu kecil)
6) 100 gram isi ayam/ udang. (cincang halus)
7) 1 biji telur(goreng dadar dan cincang halus)
½ sudu teh garam


Untuk inti :

1) Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih. Masukkan isi ayam/udang. Kacau sebentar.
2) Masukkan semua bahan kecuali telur dan kacau rata sehingga layu/masak.
3) Masukkan telur yg dicincang dan gaul rata.
4) Angkat dan ketepikan.


TIPS PENTING UTK BUAT KULIT PAI TEE

1. Minyak hendaklah dipanaskan di atas api yang sederhana.
2. Adunan hendaklah sentiasa dikuar bagi mengelakkan 'mendapan' tepung.
3. Acuan yang dikeluarkan dari minyak panas hendaklah di letakkan di atas tissue sebentar untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.
4. Jangan putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, lebih lebih lagi kepada sesiapa yang baru mencuba, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru

1 comment:

faa.rosli said...

misi mencari acuannya dulu..hihi

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...