Monday, February 27, 2012

Putri Ayu

RESEPI PUTRI AYU
Bahan-bahan (40biji)
• 5 biji telur (saiz kecil)
• 250gm tepung gandum
• 300gm gula
• 250ml santan
• 2 sudu teh ovallate
• 1 sudu teh baking powder
• Pewarna hijau secukupnya
• 2 sudu teh paste pandan
• Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara :
1. Panaskan kukusan.
2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 10 minit atau sehingga masak
6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

No comments:

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...