Monday, February 6, 2012

Gulai Tempoyak Udang

          Resipi Gulai Tempoyak Udang
  • 1 kg udang
  • 1 helai daun kunyit, di hiris
  • 100 gm bawang merah (dikisar halus)
  • 50 gm bawang putih (dikisar halus)
  • 40 gm kunyit hidup (dikisar halus)- boleh juga guna serbuk kunyit
  • 60 gm cili padi (dikisar halus)
  • 3 batang serai (dititik)
  • 500 gm tempoyak
  • 1 kg santan
  • 250 ml air
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula jika perlu
  1. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi bersama air ke dalam periuk dan dimasak sehingga kering dan pekat.
  2. Kemudian masukkan santan, serai yang dititik dan daun kunyit. Kacau supaya santan tidak pcah.
  3. Masukkan tempoyak dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan biarkan mendidih. Tambah sedikit gula jika perlu.
  4. Akhir sekali, masukkan udang tadi. Biarkan mendidih seketika dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

3 comments:

Gee® said...

sedapnyaaaa...nk ckit

Cik Kamoo said...

wah sedapnye, nak try lah nanti. tq share

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Nampak sedap..akak suka tempoyak

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...