Wednesday, October 19, 2011
Rojak Mamak
Bahan Cucur (Keras):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng
Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.
Bahan Sampingan:
8-10 keping tauhu, digoreng keemasan
450 g taugeh, dicelur 1 minit
300 g sengkuang, dihiris
2 biji timun, dihiris
4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
4 biji telur, direbus & dihiris
Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul
Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.
Bahan Kuah:
900 g keledek
2.5 liter air
1 camb asam jawa
75 ml air
75 ml minyak
4 biji bawang merah, dicincang halus
3 biji cili merah, dibuang kulit & dikisar
1 1/2 camt serbuk cili
1/3 camt garam
6 camb gula
100 g kacang tanah, digoreng & dikisar halus
3 camb petis /otak udang
2 camb gula merah
Rebus keledek hingga empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan 75 ml air. Tapis dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan serbuk cili. Tuangkan keledek kisar bersama airnya. Seleps 3-5 minit, masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau selalu di atas api perlahan. Kemudian masukkan kacang tanah, petis dam gula merah. Masak lagi hingga terbit minyak. rasa manis dan masin serta pedas ikut selera masing masing
Nota:
Kalau nak bubuh mee kuning celur kejap mee tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pulut Mangga Thailand
Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan 3 biji mangga 2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...
-
Simple saja menu ini.. permintaan dari anak mama..alif..hari sabtu hari rutin kami sekeluarga menbeli belah di supermarket yang terkenal d...
-
Asalamualaikum semua ... Lama sungguh reen tidak menjengah dapur reen ini.. masih kemas cuma sunyi saja ..maaf sangat sangat reen terlalu...
1 comment:
reen...akak suka rojak mamak neh..tapi tak pernah buat..asik beli je kat mamak...nak kena try nnt...mekaseh share yer reen
Post a Comment