Wednesday, September 28, 2011

Kuih Bakar Kemboja

Resepinya 1 cawan gula 1 cawan jus pandan 2 cawan tepung gandum 2 1/4 cwan santan pekat 2 sudu kecil butter 3 biji telur 1/2 sudu kecil garam pewarna hijau bijan esen vanilla (saya x letak pun) Cara-cara campurkan semua bahan. blend sampai sebati.kemudian tapis masukkan 2 sudu kecil minyak dlm loyang . panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan adunan tadi, taburkan bijan. bakar @180c sampai brown atau garing

Tuesday, September 13, 2011

My Sweet Honey Corn Flakes


My sweet honey corn flakes
Bahan A
 200 gm mentega 
150 gm gula kastor
 4-5 sudu besar madu
1 1/2 sudu teh esen vanilla
 BAHAN B 
200 gm nestle corn flakes ( tadi cik an guna 1 kotak besar 325gm)
 100 gm flower seed ( lagi byk lagi sedap)
 100 gm pumpkin seed ( lagi byk lagi sedap juga )
1 kotak kecil kismis hitam (dipotong kecil) 
60 gm ceri merah di potong kecil2 
60 gm ceri hijau di potong kecill2
Cara cara:
Bahan bahan (A) dicampur dan di masak supaya cair dan sebati kemudian masukan Bahan (B)campur kan dengan bahan A gaul sebati supaya mesra..masuk kan dlm paper cup bakar 160c 10 minit atau sehingga kekuningan.. sejukan .. dan boleh ngappppppppp


Monday, September 12, 2011

Vanilla Cupcake

Bahan A
 mentega 100g
 gula kastor 100 g
 garam 2/3 sudu teh
 Bahan B
Telur 2biji
 Vanilla 1 sudu teh
 Bahan C (ayak dulu bahan C)
 superfine flour 100g
baking power 1/3 sudu teh
 Caranya
pukul (A) hingga naik dan kembang masuk kan (B) dengan perlahan kacau rata masuk kan (C) pukul dengan kelajuan yang rendah selama 15 saat. sudukan dlm paper cup dua pertiga penuh bakar 15-20 160c hingga naik dan berwarna keemasan.api atas bawah

Chocolate Cupcake

Anak dara saya kemain suka bermain dengan mixer dan oven yang baru di beli oleh suami saya di tempat baru di bintulu ini agak mahal tetapi berbaloi juga .mixer dan oven di semenanjung dok diam diam ye sayang.. rina teruja sangat nak menbuat cup cakes dari air tangannya.. mama hanya memantau dari jarak dekat ..keesokan hari rina bawa ke class nya kemain suka share makan dengan rakan rakan dan gurunya..sehingga guru nak minta resepinya . Bahan bahan Bahan A mentega 70 Gm Gula kastor 110 Gm Garam halus 2/3 sudu teh Bahan B Telur 1 biji Bahan C Superfine flour 100 Gm Serbuk Koko 20 Gm Bahan c fresh Milk 60 Ml cara caranya Pukul bahan (A) pada kelajuan yang tinggi selama 10 minit sehingga nak dan kembang. Masukaan bahan (B) dengan perlahan lahan .kacau sehingga sebati Campur kan bahan (C) yang sudah diayak terlebih dahulu.(jgn mls2 nak ayak tau) gaul dengan kelajuan yang rendah.kemudian masukkan bahan (D) gaul sebati Tuangkan kedalam acuan cawan kek dengan sudu sehingga dua pertiga penuh. bakar 15-20 minit 160 c

Friday, September 9, 2011

Bubur Barli

Selain air barli .. bijirin barli ini sedap di buat bubur barli.. enak rasa nya lemak lemak manis.barli bagus diminum untuk mengurang panas di dalam badan.. dan sangat elok diminum semasa cuaca yang panas. Sangat bagus untuk melawaskan kencing.jika mengalami sakit ketika menbuang air kecil..ari2 kita terasa sakit .bak kata orang tua tua kencing kotor ..elok amalkan minum air barli. Bahan-bahan ( 4 orang ) 1 cawan gandum 2 cawan santan Gula mengikut rasa Sedikit garam Sehelai daun pandan ( disimpul ) Cara-cara Rebus gandum hingga kembang. Masukkan santan dan daun pandan. Masukkan gula dan sedikit garam. Tunggu hingga mendidih.gaul supaya santan tidak pecah minyak Boleh tambah santan jika inginkan kuah yang banyak.

Thursday, August 25, 2011

Tart Nenas Amoi

TarT Nenas Amoi Cik AN



 Bahan bahan 
300 gm tepung gandum
 4 sudu besar tepung jagung
3 sudu gula ising 
200 gm butter
2 kuning telor sahaja

Cara cara
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. 
Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. 
Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam. 
Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method).
 Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh. cik an bakar 180c 15-20 minit 


BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS:
  • 4 biji nenas muda
  • 2 ½ senduk gula pasir
  • sedikit esen vanilla
  • Bunga Cengkih
  • Kulit Kayu Manis
  • Daun pandan

CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:
  1. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.
  2. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.
  3. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.
  4. Kacau tanpa henti hingga likat.
  5. Angkat dan sejukkan.

Wednesday, August 17, 2011

kek sukun

kek sukun bahan bahan nya 2 cwn tepung gandum* 1 sudu teh soda bikarbonat* 1 sudu teh baking powder* semua bahan diayak bersama 1 sudu teh garam 1 cwn isi buah sukun yang masak ranum yang dilecek 1 cwn minyak masak 1 1/2 cawan gula 2 biji telur (dipukul) sedikit esen vanila Cara-cara 1)Panaskan oven180c. 2) Masukkan bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk. 3) Masukkan bahan bahan yang tidak diayak ke dalam adunan tadi. Gaul sebati. 4) Masukkan dalam acuan kecil . 5) bakar 15 minit suhu 180c atau sehingga masak.

Sunday, August 14, 2011

Butter cupcakes

Butter cupcakes BAHAN A Butter 100 gm gula kastor 100 gm Telor 2 biji Garam 1/3 sudu teh BAHAN B vanilla 1 sudu teh BAHAN C Superfine flour 100gm Baking powder 1/3 sudu teh CARA CARA panas kan oven 180 c pukul bahan (A) hingga kembang masuk kan bahan (B) dengan perlahan lahan dan kacau masuk bahan (C) yang telah diayak terlebih dahulu pukul dengan kelajuan yang rendah sudukan aduanan ke dlm kek cawan bakar 15-20 ( reen bakar 20 minit itu yg jadi garing .. sbb suami suka yg garing) slmt mcuba ..

Friday, July 29, 2011

Pengat Ubi Kayu

Bahan-Bahan:
400 gm ubi kayu yang direbus empuk
1 cawan santan pekat
¾ air gula melaka
1 helai daun pandan
Gula pasir

Cara:
Rebuskan ubi kayu di dalam periuk dengan  air.taruh sedikit garam
Biarkan mendidih hingga empuk.toskan ubi kayu telah empuk.
Masukkan santan, gula melaka, daun pandan,ubi kayu yang telah di rebuskan tadi  dan gula.kedalam periuk
Kacau perlahan-lahan sehingga sedikit mendidih.

Thursday, July 28, 2011

Kuih Lapis ChomeL

resepi basic kuih lapis..cuma yang ini saya masuk kan dlm acuan lompang
Bahan bahan
4 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan gula
6 cawan santan
caranya
1..campurkan semua bahan
2..kacau rata dan tapis dan bahagikan 2 warna yg disukai
3..pastikan air kukusan dah mendidih.. masukkan loyang yg dah disapu minyak kedlm kukusan
4..masukkan lapisan pertama kukus lbh kurang 5min
5..masukakn lapisan kedua kukus lg 5min
6..kemudian masukkan lapisan 3 & 4 sehingga habis
7..setelah habis adunan..masak @ kukus selama 15 @ 20min
8..tutup api buka tutup kukusan...sejukkan kuih...dah sejuk baru potong2

Kuih Lapis ini sudah 2 3 hari suami Cik An minta ..pasal asyik saja sibuk baru la semalam dapat buatkan untuk suami cik an.amboi sungguh gembira nya dia dapat makan sebelum masuk ke dalam mulut dia ..suami cik an akan menbelek belek melihat lapisan nya ..tersenyum sendiri melihat air tangan isterinya sendiri.. 
kalau saya berada di semenanjung pasti saya dapat berkongsi dan makan bersama sama dengan mak ngah  saya sebab mak ngah saya suka kuih lapis ini sebab kuih ini lembut dan senang la mak ngah saya makan ..maklum la mak ngah saya sudah tidak ada gigi .. insyallah jika saya balik bercuti .. saya akan buatkan untuk mak ngah , chik,mak ndak , adik saya , ema dan mak su saya..cuma itu lah kalau balik bercuti masa selalu mencemburui saya .. saya rindukan waktu bersama saudara mara saya bersama dan makan ramai ramai dan gelak tawa..saya rindu kan saat saat bersama adik saya ....
rindunya saat kami bercuti di Morib .. sebelum saya berpindah ke sarawak ini.. .. walaupun saya penat tapi penat saya amat berbaloi saat itu melihat semua saudara mara saya gembira .. 

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...