Tuesday, December 13, 2011

Kastard Jagung

Bahan-bahannya:
 1 tin jagung jenis creamy
 1 tin susu cair - prefer susu IDEAL atau nak guna santan pun boleh
 3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad Cara :
1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata.
 2. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil masak sehingga kental & berkilat.
3. Masukkan ke dalam loyang atau talam.
4. Bila sejuk masukkan dalam peti sejuk & bolehlah dipotong.

Saturday, December 10, 2011

Kaifiyyah Solat Gerhana

GERHANA BULAN 10/12/2011 Kaifiyyah Solat Gerhana Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Bulan secara berjemaah. Ianya mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk dan 4 sujud seperti berikut: RAKAAT PERTAMA 1. Lafaz niat: أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَالَى Yang bermaksud, Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala. 2. Baca Surah al-Fatihah dan Surah 3. Rukuk 4. I’tidal 5. Baca Surah al-Fatihah dan Surah 6. Rukuk 7. I’tidal 8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa. RAKAAT KEDUA 1. Baca Surah al-Fatihah dan Surah 2. Rukuk 3. I’tidal 4. Baca Surah al-Fatihah dan Surah 5. Rukuk 6. I’tidal 7. Sujud 8. Tahiyyat akhir Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.

Kuih Lapis Tembikai Merah

Bahan bahan: 4 cawan tepung beras 1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung jagung 1 1/2 cawan gula 6 cawan santan caranya 1..campurkan semua bahan 2..kacau rata dan tapis dan bahagikan 2 warna yg disukai 3..pastikan air kukusan dah mendidih.. masukkan loyang yg dah disapu minyak kedlm kukusan 4..masukkan lapisan pertama kukus lbh kurang 5min 5..masukakn lapisan kedua kukus lg 5min 6..kemudian masukkan lapisan 3 & 4 sehingga habis 7..setelah habis adunan..masak @ kukus selama 15 @ 20min 8..tutup api buka tutup kukusan...sejukkan kuih...dah sejuk baru potong2

Thursday, December 8, 2011

Donat Kentang






Resepi Donat Kentang
 Bahan bahan
4 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil garam halus
1 cawan air
1 peket ragi instant (11g)
1 biji kentang yang telah direbus kemudian di lenyek halus

Cara caranya

1.Blend semua bahan bahan itu (kecuali tepung).
2.kemudian uli bersama tepung gandum  dan simpan dalam peti sejuk selama 1/2 jam hingga 1 jam
3. selepas ituboleh lah dibentuk seperti donat (atau bentuk2 lain yg puan2 suka).
4.kemudian goreng la sehingga kuning keemas-emasan.
5.Setelah itu bolehlah di deko dengan coklat atau gula halus 



Nasi Ayam Penyet

Untuk Ayam

1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus sekejap dan toskan. Simpan air rebusan itu untuk sup dan nasik.

* 1 sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak

* 1 sudu Jintan Manis - goreng tanpa minyak

* 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak

* 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam

* 1 sudu besar Serbuk Kunyit

* ½ sudu besar Serbuk Lada Putih

* 3 ulas Bawang putih

* 2 cm Halia

* Sedikit Air

* Garam secukup rasa.

* Minyak masak untuk menggoreng.

1. Kisar kesemua bahan dalam blender hingga halus.

2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman untuk rasa rempah.

3. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.

4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Sambal.

* Sedikit minyak masak

* 15 batang Cili merah

* 8 biji Cili padi

* 1 biji bawang merah

* 3 biji Bawang putih

* 3 biji Tomato

* 5 cm Belacan

* 2 sudu besar Ikan Bilis

* Gula merah secukup rasa

* Air Lemon

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing.

2. Goreng belacan.

3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato.

4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng tadi.

5. Kisar atau tumbuk sehingga separuh halus.

6. Masukkan gula merah dan gaul rata.

7. Rasa sambal, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

Untuk Sup.

1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.

2. Panaskan sedikit minyak, goreng bawang, bawang putih, halia serta rempah tumis dan curah ke dalam sup tadi.

3. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Tempe dan Tauhu Goreng.

* 1 paket tauhu.

* 1 paket tempe.

* Sedikit tepung beras.

* Minyak masak untuk menggoreng

1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.

2. Goreng hingga garing.

Untuk Nasi

* 4 cawan beras basmati

* 1 biji bawang besar potong baji

* 3 ulas bawang putih

* satu btg kayu manis

* dua biji buah pelaga

* bunga lawang

* bunga cengkih

* sedikit butter

* garam

* kiub pati ayam

* 2 cawan air rebusan ayam

1. Panaskan butter. Tumis bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunge lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga wangi.

2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 5 minit.

3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam.

4. Tanak sehingga nasi masak.

Cara hidangan-Hidangkan nasi ayam penyet bersama tauhu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun

Wednesday, December 7, 2011

PANCAKE


Bahan-bahan

•1 biji telur 
• 1/4 cawan gula
 • 3/4 susu segar atau susu cair - prefer susu segar,pancake jd lg lembut 
• 1 cawan tepung gandum
 • 1 tsp baking powder
 • 1/4 tsp garam
• 25 gram butter - anggaran dlm 1 sudu besar - kemudian dicairkan 
  Cara-cara 
 . Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan susu. 
 2. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder, dan juga garam. Kacau hingga sebati bersama butter yang telah dicairkan terlebih dahulu.
 3. Panaskan non-stick pan dgn kepanasan sederhana. Ceduk adunan tadi dlm dua sudu besar ke dalam pan yang telah digriskan dgn butter atau minyak.
 4. Apabila kelihatan buih-buih kecil timbul dipermukaan, bolehla balikkan pancake tersebut.
 5. Kemudian angkat dan hidangkan dengan jem kegemaran anda.

Sunday, December 4, 2011

Dalca Kambing

Bahan-bahan: 500-600gm daging kambing yg ada tulang 2 batang carrot 3 biji ubi kentang 2 biji tomato 100gm kacang panjang 2 cawan kacang dal 5-6 sudu besar rempah kari daging 4 cawan santan atau susu cair air asam secukupnya garam minyak utk menumis Bahan tumis: 5 cm kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 3 buah pelaga 1 bunga lawang Bahan untuk diblend: 2 biji bawang besar 4 ulas bawang putih 3 cm halia 1-2 sd besar cili giling Cara-caranya 1. Bersihkan daging kambing dan masukkan kedalam periuk dan diisi air cukup menutupi daging. 2. Rebus daging kambing dan kacang dal sehingga keduanya masak dan empuk di dalam berlainan periuk. 3. Sayur-sayuran di potong mengikut selera masing-masing. 4. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumis dan bahan blend.Tumis hingga naik bau. 5. Masukkan rempah kari daging, gaul rata. Masukkan air asam jawa dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan daging kambing dan kacang dal yg telah di rebus dan air rebusan daging . 6.Masukkan dulu ubi kentang dan carrot dan masak sehingga empuk. 7. Masukkan kacang panjang dan kacau hingga sebati. 8. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya. Akhir sekali masukkan tomato. Padamkan api dan sedia untuk dihidang. Nota: Sewaktu merebus daging kambing dan kacang dal, jika air telah berkurangan ,boleh tambah air dan masak sehingga daging empuk. Boleh masukkan terung juga.

Friday, December 2, 2011

Apam Beras II

Bahan-bahan
2 cwn nasi*
 1 cwn tepung gandum
3 cwn tepung beras
 1 1/2 cawan gula
  1 peket yis ( 11gm)
3 cawan air*
 kelapa parut dgn sedikit garam
Cara Penyediaan
1. Blend nasi* dan air* sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
 2. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras,gula dan yis.
 3. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
4. Perap selama 1 jam.
5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
6. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
7. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
8. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

Tuesday, November 22, 2011

Mee Udang

Bahan-Bahan:
300 gm mee kuning (dikukus sebentar) 100 gm taugeh di celur sekejap sekilo udang dibersihkan 2 keping tauhu goreng (dihiris) 1 biji cili hijau (dihiris) 1 mangkuk stok udang atau mengikut puan2 jika nak pekat dan cair nya. 2 biji keledek (diblender halus campur air ) 2 ulas bawang putih (ditumbuk) 2 biji bawang kecil (ditumbuk) 2 sudu besar cili kisar Garam & minyak masak.
Gula secukup rasa
1 kiub ayam
2 sudu besar gula merah. #Stok udang = kulit udang dan kepala udang di basuh bersih2 kemudian di rebus .tunggu sejuk dan blender halus kemudian tapis airnya jadi la stok udang.
Cara: Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih,bawang kecil & cili kisar hingga garing. Masukkan air, keledek yang telah diblender halus.masuk kan udang yang di kupas kulitnya. Masak hingga mendidih.masuk kan gula,garam,kiub ayam,dan gula merah. didihkan sebentar.kepekatan kuah ini seperti kuah mee jawa atau mengikut citarasa masing masing
Angkat & hidangkan Cadangan Hidangan:
Masukkan mee ,tahu goreng, tauge dan sawi (dikukus sebentar) ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan telur rebus, tauhu goreng limau kasturi dibelah 2,bawng goreng & cili hiris.

Saturday, November 19, 2011

HappY BirtHDaY To Me..

Semalam 19/11/2011 genap usia cik an ke 41 tahun.syukur pada allah.di kurniakan kesihatan yang sempurna . Terima kasih pada semua yang mendoakan dan mengucapkan hari lahir buat cik an semalam. Terima kasih suami dan anak anak saya yang meraikan hari lahir cik an semalam ..walaupun ringkas tapi bagi cik an sudah cukup bermakna kerana anak sulung pulang ke sarawak pada hari lahir cik an dan kami dapat meraikan sekeluarga. Terima kasih atas juga atas catitan ucapan di wall face book cik an,panggilan talipon,sms dan catitan di blog cik an jua.. terasa amat terharu.sangat2

Wednesday, November 16, 2011

Pulut Kuning

Lama betul tak singgah di dapur cik an.. mood untuk berblog macam hilang sahaja semenjak menjak ini.. entah la kenapa... jom la cik an cite pasal pulut kuning.. cik an buat khas buat anak dara cik pada 31/10/2011 sempena hari lahirnya yang ke 14 tahun. Rasanya macam baru sahaja melahirkan anak dara cik an yang bongsu ini .. masa begitu pantas berlalu.. Pulut ini macam biasa kena direndam semalaman dan di rendam bersama asam keping dan serbuk kunyit. petua untuk mendapatkan pulut kuning berkilat. Bahan bahan
  • 4 cawan beras pulut
  • (400ml) santan pekat
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • asam keping
  • daun pandan

Cara caranya

  1. Rendam pulut bersama serbuk kunyit semalaman atau sehingga pulut bertukar warna kuningbersama asam keping.
  2. Cuci dan toskan pulut dan kukus hingga 1/2 masak.masuk kan daun pandan
  3. Setelah 1/2 masak keluarkan dari kukusan dan masukkan dlm bekas. Kemudian tuangkan santan yang dicampurkan secukup garam ke dalam pulut tadi dan gaul hingga rata
  4. Masukkan semula ke dalam kukusan dan kukus hingga masak

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...