Monday, April 25, 2011

Di Awan Biru Bersama Burung Merah Putih..


Di awan biru melintasi dan menbelah awan nan biru..2 jam di dalam perut burung  merah putih ini.melintasi laut cina selatan.meninggalkan LCCT.berjaga pukul 3 subuh.burung terbang pukul 7.00 pagi..aduh letih nya..Terima kasih adik saya ,adik ipar saya dan anak saudara AIMAN HAKIM menghantar saya ke LCCT.kasihan mereka sekeluarga berkejar dari Kota Damansara ke Port Klang untuk menghantar kami sekeluarga ke LCCT.
Pasal rasa nak cepat je sampai mendarat buat2 la tidur ..buat2 la baca surat khabar..aduh tak sampai2 juga.anak anak saya kemain sedap menjamu selera ...
Justin Bibir ni juga anak dara saya minat.

Lempeng Kelapa

Lempeng Kelapa paling mudah..lama betul saya tidak buat..kebetulan terasa sangat nak makan pagi tadi.Itu yang plan nak buat lempeng kelapa ini untuk juadah makan malam kami sekeluarga untuk mengantikan capati menu rutin kami.semua nya saya tidak sukat main curah aje dalam bekas
BAHAN BAHAN(semua puan agak 2 ye sukatan nya.. mcm kita buat cekodok)
TEPUNG GANDUM
SEDIKIT SUSU CAIR
KELAPA PARUT PUTIH
GARAM
AIR 
CARA CARANYA
SEMUA NYA DI BANCUH.ADUANAN BIAR CAIR SUPAYA SENANG KITA NAK LAYAR PADA PAN ..SEBELUM ITU SAPU KAN SIKIT MINYAK ATAU BUTTER PADA PAN..
SEDAP DI MAKAN BERSAMA SAMBAL IKAN BILIS,KARI ,ASAM TUMIS.DULU SAYA SUKA CECAH DENGAN GULA.




Sunday, April 24, 2011

Kuih Keria

KUIH KERIA SEBELUM DI GORENG
         Bahan bahan
  • 500gm ubi keledek 
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula dan sedikit air 

SELEPAS DI GORENG
TARA!!!!!!!!!! SIAP DISIRA...
  1. Rebus ubi keledek hingga empuk.
  2. Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
  3. Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
  4. Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
  5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
  6. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.visi cik an..terap dengan acuan kuih donat.
  7. Petua tak nak bagi tangan melekat dengan aduan sapu tapak tangan dengan minyak
  8. Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
  9. Didihkan gula hingga pekat.
  10. Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  11. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  12. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat. 

Kuih Ketayap

Resepi Kuih Ketayap
Bahan A
1 cawan tepung gandum
2 biji telur(saya tak taruh pun telor)
2 helai daun pandan
1 cawan air suam
1/2 cawan susu cair atau santan
1 sudu teh garam,
pewarna hijau
sedikit minyak utk disapu pada kuali
Inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut/jagung
Cara Penyediaan
 Untuk inti: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
    Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya.
    Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah.
    Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

 Untuk dadar :
 Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul.Tapis Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan masukan sedikit aduanan yang diwarnakan ke dalam botol muncung 3.picitkan diatas pan menbulat tunggu kering kemudian sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali  agar  adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung

Friday, April 22, 2011

Kari Ayam Kampung Berkerisik

Lauk tengah hari ini ayam kampung..masak kari berkerisik..seronok nya lihat suami dan anak anak saya makan..kemain berselera saya melihat mereka menikmati juadah ini bersama sayur sawi batang putih goreng..
Masakan ini seperti kita masak kari tanpa santan..cuma saya letak KERISIK..dan saya gantikan susu cair  sedikit untuk mengantikan santan kelapa.

Nasi Goreng Ulam aka Kampung

Nasi goreng ini ringkas mengingatkan saya pada aruah mak saya HAJAH SITI HAWA.walaupun ringkas tapi dari air tangan mak saya masak menjadikan nasi goreng ini begitu sedap sehingga di saat ini masih terbayang kesedapan masakan aruah mak saya.

MAK.....NOR RINDU PADA MAK...

Nasi goreng telah saya ubah sikit ..walaupun asal nya masih terasa..nasi goreng mak saya begitu mudah..tumbuk bawang,bawang putih ikan bilis.tumis ..masukkan nasi dan sedikit serbuk lada itam.yang menyedapkan ..di masak dengan kasih sayang...seorang ibu.. 
Kalau nasi goreng saya boleh dipanggil nasi goreng ulam atau nasi goreng kampung.

Bahan bahan
Nasi Putih lagi sedap nasi semalam
Bawang kecil *
Bawang putih*
Ikan Bilis *(ditumbuk halus*)
Telor digoreng hancur di ketepikan
Daun limau purut di hiris halus
Lagi banyak ulam lagi sedap cth daun pegaga.daun kaduk,kesum ,bunga kantan 
Serai di hiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
Garam dan Kiub Ayam

Cara cara 
Macam biasa kita goreng nasi goreng yang biasa..tumis bawang,bawang putih dan ikan bilis ditumbuk tadi..sampai naik bau..masuk kan nasi gaul mesra..masukkan garam ,kiub ayam dan serbuk lada hitam.
Masukkan semua ulam yang di hiris halus ..gaul sebati masuk kan telor yang telah digoreng hancur.
Selamat mencuba.. 

Wednesday, April 20, 2011

Kastard Peach

Lebihan buah peach tidak tahu nak buat apa..maka jadi la kastard peach rasa manis dan masam masam ok la sedap makan semasa kastard peach ini sejuk..Jom kita tengok bahan bahannya.

BAHAN BAHAN
1 CAWAN TEPUNG KASTARD
1 1/2 CAWAN GULA
1/2 CAWAN BUAH PEACH YANG DI BLENDER HALUS
1/2 CAWAN BUAH PEACH DI HIRIS HALUS
4 CAWAN SANTAN (1 PEKET SANTAN SERBUK)

Tuesday, April 19, 2011

Capati Quaker

Petang ini buntu rasa nak masak untuk juadah makan petang maksud nya makan malam kami sekeluarga sebab semenjak pindah tinggal di sarawak..waktu rutin tidur dan makan kami sekeluarga turut berubah kerana di waktu di sarawak awal sejam suasana nya.. pukul 6.00 pagi terang nya macam pukul  8.00 pagi di semenanjung.Berjanji dengan suami saya nak masak Mee Hun sup tapi gatal pulak rasa nak menukar menu.
Jadi lah menu Capati BerQuaker.Jom Kita tengok bahan bahan nya yang sempoi lagi berkhasiat
Bahan bahannya
1 Mangkuk tepung atta
1 Mangkuk tepung gandum
1/2 mangkuk Quaker (multigrain cereal)
sedikit garam
3 sudu besar susu cair (jika tiada pun tak kisah)
air suam secukup untuk mengadun.

Cara caranya
masukkan semua bahan diatas di dalam mangkuk..adun menjadi doh .canai kan menjadi bulat dan bakar.seperti kita menbuat capati.mudah kan..
Selamat mencuba..sedap di makan bersama kari,dhal,sambal sardine..




Monday, April 18, 2011

Ya Allah Berikan Hamba Mu Ini Kekuatan..

Telor Bistik

Bahan2nya:-
2 biji telur – digoreng dadar campurkan sedikit isi ayam cincang dan lada sulah
50 gram isi ayam – dicincang
1 biji bawang besar – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 biji lada merah dan hijau – dihiris
2 sudu mkn sos cili
2 sudu mkn sos tomato
1 sudu sos tiram
Sedikit tepung jagung ditambah sedikit air utk memekatkan kuah
Sayur campur
cendawan butang di rendam dan di hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
sedikit lada hitam
Sedikit minyak utk menumis

Cara2nya:-
1. Panaskan kuali, masukkan isi ayam, masak sehingga separuh masak, masukkan bwang bsr, putih, lada merah dan cendawan butang
2. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacau rata dan masukkan pula sayur campur.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan perasakan dgn garam dan gula secukup rasa, setelah pekat kuahnya tuang bahan keatas telur yg telah siap didadar tadi. Siap untuk dihidang.

Saturday, April 9, 2011

Puding Peach

Puding peach saya buat untuk buah tangan ke majlis hari jadi anak jiran saya..sambil majlis suai kenal dikalangan jiran2 di tempat tinggal baru 3 bulan saya tinggal di sini semenjak saya berpindah di BINTULU. 
Resepi ini dari cadangan dari kawan baik saya di KR iaitu Kak ANA INA.
Terima kasih kak ana.. jom kita tengok cara2 saya yang paling ringkas ..
Bahan bahan
agar agar tali 1 peket
buah peach 1 tin
gula ikut cita rasa
susu cair setengah tin
air untuk sukatan dari plastik agar tu juga
 Cara cara nya 
masak puding seperti kita masak  agar agar.saya x blender buah peach cuma saya potong kecil kecil.supaya terasa sedap masa kita makan.

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...