Saturday, April 9, 2011

Peria masak kari

Bahan bahan
Peria di potong kecil
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Daun Kari
Sedikit halba campur.
sedikit serbuk kari di bancuh air sikit.
Garam dan sedikit kiub ayam
cara cara
Tumbuk bawang merah,bawang putih,ikan bilis
Pijar kan sedikit minyak.masuk kan halba campur,daun kari dan masuk kan bahan yang telah ditumbuk tadi.
 masukkan rempah kari.garingkan  masukkan sedikit air dan peria. gaul sebati ..taruh garam dan sedikit kiub ayam sikit.masak sehingga peria jadi lembut dan hidangkan..

kacang Panjang Goreng stail India

Bahan bahan.
Kacang Panjang
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Daun Kari
Sedikit halba campur.
Cili kering di potong 4
Sedikit serbuk kunyit
Garam dan sedikit kiub ayam
cara cara
Tumbuk bawang merah,bawang putih,ikan bilis
Pijar kan sedikit minyak.masuk kan halba campur,daun kari dan masuk kan bahan yang telah ditumbuk tadi.
garingkan sedikit masukkan kacang Panjang masukkan sedikit air ,cili kering dan serbuk kunyit.gaul sebati ..taruh garam dan sedikit kiub ayam sikit.

Taugeh Goreng stail India mari..

Taugeh Goreng paling simple dan sedap makan time masih panas..
Bahan bahan.
Taugeh Rm 1.00
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Daun Kari
Sedikit halba campur.
Cili merah di hiris
Sedikit serbuk kunyit
Tahu dipotong kecil
Garam dan sedikit kiub ayam
cara cara
Tumbuk bawang merah,bawang putih,ikan bilis
Pijar kan sedikit minyak.masuk kan halba campur,daun kari dan masuk kan bahan yang telah ditumbuk tadi.
garingkan sedikit masukkan taugeh masukkan sedikit air ,cili hiris dan serbuk kunyit.gaul dan masuk kan tahu yang telah dipotong kecil. gaul sebati ..taruh garam dan sedikit kiub ayam sikit.

Wednesday, April 6, 2011

Tenggiri Masak Kari Stail Mamak

  • 1 ekor ikan Tenggiri, dibersihkan dan potong ikut suka
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia
  • 3 camca besar rempah kari ikan (rempah kari "babas")
  • BAHAN2 TUMIS:-
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
  • 2 tangkai daun kari
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Air asam jawa
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua, jgn putus 
  • 1/2 kiub ikan bilis

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan, perap dgn asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
  2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  3. Masukkan air asam jawa (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan dan perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  4. Bila mendidih, masukkan 1/2 kiub ikan bilis, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2.

Rempah Ratus

Halba campur adalah terdiri daripada berbagai jenis rempah saperti jintan manis, jintan putih, halba dan biji sawi.
Kebiasaannya halba campur ini banyak digunakan untuk menumis masakan kari ikan selain dari daun kari untuk menambah wangi dalam masakan itu.

Sedetik Lebih


SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Ayam Masak Kicap Lada Hitam

Stok lebihan ayam untuk minggu ini..tak tahu nak buat apa ..last last terfikir nak masak ayam masak kicap berlada hitam kasi berasap sikit.
Teringat masakan ayam masak kicap air tangan MAK TEH saya  yang pekat mabelles ..orang jawa kalau masak kicap memang mabelles!! sampai adik saya pun suka..apa kurang nya ayam masak kicap adik ipar saya masak pun sedap...Jom kita tengok apa bahan bahan nya..

Tuesday, April 5, 2011

Ikan Merah kukus bersama asam boy

Hari saya ini masak menu paling mudah,sihat dan paling roger hehehe sedap sambil mengodek nak buat apam beras percubaan pertama saya ..tak tahu la jadi ke tak?harap2 menjadi supaya mood saya x hancur tergelempuk hehehe..ok cite pasal ikan merah kukus ni paling senang je..semua main hiris2 dan campak2 sayang heheh campak2 manja
Bahan bahan
Ikan Merah dibersihkan
Asam boy ikut suka 2 atau  3 biji
Bawang besar di hiris halus
Bawang putih di hiris halus
Serai di titik
cili merah dan cili padi dihiris
Halia di hiris halus lagi banyak lagi bagus
sos tiram dan sos lada hitam  dicampur air sedikit siram pada ikan ikan merah tu
semua bahan yang dihiris di tabur kan di atas ikan dan kukus..siap..stim ikut ikan klu kecil kejap je
angkat tabur kan dengan cili merah dihiris dan daun bawang dan daun sup.
Masakan ni sedap di makan semasa panas2..
SELAMAT MENCUBA!!


Sambal Belanda

Sambal belanda atau sambal kering,sambal paling popular untuk bekal balik ke asrama mahu pun ke oversea.simple.makin lama makin sedap makan dengan roti mahupun dengan nasi panas.
Bahan penting ikan bilis,kacang tanah,tempe dan yang lain lain seperti Tahu potong kecil2 di goreng,ubi kentang pun sedap juga di campur sekali.rasa nya pedas2 manis.paling syok time tergigit kacang tanah terasa lemak dan rangupnya.
Bahan Bahan
Ikan bilis di goreng
Kacang tanah digoreng
Tempe di potong kecil2 digoreng
Bawang 
bawang putih
sedikit belacan
gula,garam
Gula merah
Cili kering
sedikit air asam jawa
CARA CARA:Blender cili kering (direbus,tapis)bawang ,bawang putih,belacan..blender.
Tumis dengan api perlahan dan minyak yang sedikit.tumis sehingga garing. masuk kan gula,gula merah .garam.kiub ayam sedikit,air asam jawa sikit,masuk kan bahan yang digoreng.Gaul sebati dan Siap!!



Bubur Kacang Hijau

Bubur Kacang Hijau  kalau ada durian mesti best giler..tapi saya tak jumpa durian.maka dengan tu saya just taruh sagu biji saja.apa yang ada saja di dapur saya belasah aje la.asalkan sedap.
orang kata kacang hijau ini berangin tak boleh makan banyak.jadi untuk hilang kan angin nya. takut terkentot kentot.Hahahah Petua nya masukkan sedikit hirisan kecil halia. resepi nya senang aje.klik la kat bawah ini

Monday, April 4, 2011

Reunioun STAJ 1987/1988/1989

Terharunya melihat wajah wajah cikgu cikgu dan kawan kawan saya  setelah sekian lama tidak bersua wajah.
 Terserlah kematangan di wajah masing masing.sedihnya saya tidak dapat menghadirkan diri  semasa REUNIOUN ini diadakan pada 3 april 2011.kerana berada di Bintulu sarawak tiket balik ke semenanjung telah di booking pada 11 april 2011.
Hanya gambar gambar di masukkan ke dalam FB kawan kawan buat pengubat rindu dan penawar rindu saya pada kawan kawan saya.
Banyak kenangan saya bersama FAUZIAH LATIF.maklum la sebaya.kami boleh la dikatakan rapat masa sekolah tu.semasa form 2 saya pernah melawat dia di Hospital Klang lama atas bukit gara gara dia jatuh masuk longkang besar sebab bawa motor aruah bapa nya tanpa pengetahuan bapa nya kes curik2 bawa la ..akibat nya tangan nya patah..kenangan tu pergi melawat bawa kacang cap tangan lagi hahaha.
Di sekolah ini juga saya mengenali suami saya. bercinta monyet la time tu hahaha.banyak kenangannya.so sweet baby.
Rahim Raja Lawak tu..x perasan la pulak dia budak STAJ..ermm sebaya juga..macam mana tak perasan.dok asyik tengok pak we saya tu je hahaha..
Insyallah.jika umur panjang kita pasti berjumpa lagi ye kawan kawan mungkin time anak2 kita berkawen .jumpa kat majlis perkahwinan ..or bercucu ke ...





Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...