Thursday, January 10, 2013

Pancake

Assalamualaikum pada semua ..lamanya rasanya tidak mengemas dapur awangan reen ini.tahun pun dah baru masuk tahun 2013..tidak lewat rasanya nak mengucapkan selamat tahun baru pada semua .
Terasa rindu nak mengemas dan memasak di dapur ini..tapi n3 untuk tahun baru ini..hasil air tangan anak bujang reen semasa dia bercuti sem 2 pada penghujung tahun lepas.
Bahan-bahan 
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil  baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu segar
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak
Cara-cara
  1. Satukan tepung gandum dan baking powder
  2. Asingkan kuning dan putih telur.
  3. Pukul putih telur sehingga kembang dan putih. 
  4. Dalam bekas lain, campur kuning telur,gula dan susu.
  5. Kacau sebati
  6. Masukkan minyak dan susu tadi dalam no1. 
  7. Kacau hingga sebati. Kemudian masunkkan putih telur dan kacau secara kaup balik.
  8. Sedia untuk dimasak atas pan api sederhana besar.


3 comments:

Gee® said...

Slmt Tahun Baru Reen...

Shiela said...

Terbaek air tangan anak bujangmu beb.. :)

umi's cup cake said...

Selamat Tahun Baru Kak Reen,
Rajin anak bujang akak..nampak menyelerakan pancake tu..

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...