Tuesday, January 15, 2013

APAM MEKAR AIS KRIM SODA


APAM MEKAR AIS KRIM SODA

Bahan :
3 butir telur gred A
1 1/2 cawan gula pasir -boleh kurangkan kalau tak nak manis
1 sudu teh ovalete
1 cawan  ais krim soda F&N 
300gm Tepung gandum
beberapa titik esen pisang/esen vanilla -untuk kurangkan hanyir telur
pewarna2 yang disukai

Cara :
  1. Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovalete.
  2.  Pukul sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan maksimum.
  3. Masukkan ais krim soda dan pukul lagi sehingga sebati.
  4. Campurkan tepung gandum ke dalam  adunan telur dan pukul sehingga sebati.
  5. Titiskan esen pisang/esen vanilla ke dalam adunan dan sebatikan.
  6. Matikan suis mesin mixer, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda.
  7. Sudukan adunan ke dalam paper cup sehingga hampir penuh cup. 
  8. Kukus dengan api besar selama 10 -15 minit jika papercup size M jika size S 7 minit saja 

TIPS PENTING :
  1. Bahan-bahan yang digunakan mestilah mengikut sukatan yang sepatutnya. Kalau terlebih tepung, apam akan jadi keras. Kalau terlebih ais krim soda, apam akan jadi lembik.
  2. Sukatan gula boleh dikurangkan sehingga 1 cawan lebih sikit2. 
  3. Kadang2 kalau terlebih gula pun boleh menyebabkan apam jadi cair.
  4. Ais krim soda mestilah diguna yang berjenama F&N. Kalau jenama lain, apam jadi kurang menjadi. Air ais krim soda ni pula tidak boleh guna yang dah lama. Maksudnya kalau nak buat apam ni mesti guna air yang baru dibuka. Kalau dah kurang gasnya, apam tak akan naik juga. Memang bantat la. Sebab resepi ni tak guna baking powder. Kembang apam bergantung kepada gas ais krim soda tu.
  5. Waktu mengukus pula tidak boleh lebih, tidak boleh kurang. Kalau terlebih, nanti apam meresap air pula. Kalau terkurang, apam tak masak betul.
  6. Kalau nak tahu apam itu menjadi ke tidak, boleh tengok bahagian tapaknya itu rata dan cantik (tidak berkerut) dan bahagian atasnya kembang mekar dan merekah. Apam pun jadi ringan dan gebu aje.
  7. Jangan takut nak mencuba. 

3 comments:

Nooriah Abdullah said...

salam Reen..
aduh sedap nya nampak apam ni mmg nak try lah tapi kena cari ais krim soda dulu sbb yg ada ni dah lama punya mesti tak mekar nnt kan thanks kongsi tips

Anonymous said...

Tkasih untuk tips. Patut lah cubaan sblm ni kurang mnjadi.

Anonymous said...

Will try

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...