BAHAN-BAHAN :
• 1 ikat besar pucuk paku
• 2 batang serai – dititik
• 10 biji cili padi -dikisar
• 3 biji bawang besar – dikisar
• 5 ulas bawang putih – diketuk
• 100 gram ikan bilis /Udang dibuang kulit
• 2 sudu kecil serbuk kunyit
• 2 sudu besar tempoyak atau lebih jika nak pekat
• 500 gram santan sedang2 pekat
• 1/2 kiub ikan bilis
CARA MEMBUAT :
1. Bersihkan sayur pucuk paku dan ketepikan.
2. Kemudian masukkan santan kedalam periuk
3. Masukkan pula serbuk kunyit dan bawang/cili padi yang dikisar.
4. Selepas itu masukkan pula pucuk paku, bawang putih, serai, ikan bilis/udang dan tempoyak.
5. Akhir sekali masukkan kiub ikan bilis dan garam. Selepas mendidih, angkat dan sedia dihidangkan
4 comments:
Terbau lemak tempoyak... rupanya dari dapur Reen...sedapnya Reen!
salam kak reen,
bestnye tgk masak lemak tempoyak ni...sedap nye if dpt makan ngan nasi...
as salam kak reen..hye zila dah folo akak..aduh tgk paku akak ni teringat lik nun mesti MIL bg bw lik..dapnye..kalu kat malaya ni beli dpt ckit je kan..tua plak tu
wah sedap ni masak tempooyak paku lama dah tak buat sbb orang rumah tk suka, klaua mesti mesti makan sorang kalau ada tempoyak ni heee minta Reen punya lah sikit nak rasa heee
Post a Comment