Thursday, November 15, 2012

Nasi Ayam Black Pepper

 Bahan-bahan untuk nasi :
  • 4 cawan beras basmathi 
  • 6 cawan air ( air dari rebusan ayam, boleh juga guna 2 kiub ayam dan campur dngn 6 cwn air)
  • sedikit garam (kalau dah cukup masin tak perlu tambah garam)
  • 2 sudu besar butter
Bahan tumis
  • 4 ulas bawang putih - di hiris
  • 1 inci halia - di hiris
  • 4 btng serai- di ketuk
  • 3 sudu besar minyak
Cara-cara :
  1. Basuh beras dan rendam dlm 30 minit, pastu toskan. Ketepikan.
  2. Masukkan 5 cwn air rebusan ayam ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan biarkan sebentar.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan 1 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dlm rice cooker.
  5. Masukkan butter ke dalam periuk dan masak macam biasa.
  6. Bila nasi dah kering gaulkan guna chopstick sekali sekala dan tutup semula.
  7. Bila nasi dah masak, bolehlah hidangkan bersama ayam goreng black pepper dan sos cili merah dan kicap.
Ayam black pepper
resepi dari marizah miza 
 - 1 keping peha ayam dibuang tulang, bersihkan
- 1sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
- 1sudu besar kicap manis- 1sdb sos tiram
- 1sudu besar serbuk pasti sedap knorr
- 1sudu besar  tepung gandum
- secubit garam***perap semua bahan bersama ayam selama 1/2 jam atau lebih
cara cara
- panaskan sesudu besar minyak masak dalam non stick pan (gunakan api slow)
- masukkan ayam...tutup kuali...biarkan ayam masak...balikkan untuk masak serata



Bahan-bahan sambal kicap
  • 8 biji cili padi hijau/merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/4 cwn kicap(secukupnya)
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit sup ayam
Cara-cara
  1. Bakar bawang putih sekejap.Kisar/tumbuk cili padi bersama dengan bawang putih.
  2. Masukkan dlm mangkuk dan letak kicap
  3. Masukkan pula gula dan garam secukupnya
.
Bahan-bahan untuk Sup Ayam 
  • Ayam yang telah dipotong kecil2(bahagian yg lebih/tulang ayam)
  • 2 biji kentang= di potong dadu besar
  • 1 btng carrot- di potong kecil
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng secukupnya
  • 2 ulas bawang putih(hiris)
  • 2 ulas bawang merah(hiris)
  • 1" halia(hiris)
  • Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 1 biji buah pelaga
  • 1 kiub pati ayam
  • Air secukupnya dlm 4 cwn
  • Garam secukup rasa
Cara-cara :
  1. Masukkan rempah tumis, bahan2 hiris ke dlm periuk bersama 4 cwn air.
  2. Masukkan ayam yg di cincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.
  3. Setelah kentang empuk, masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam.
  5. Setelah siap boleh di hidangkan dgn taburan daun sup/bawang dan bawang goreng.

1 comment:

Noor Yusoff said...

Salam...sangat teruja dengan nasi ayam blackpepper nie...terima kasih , keran sudi berkongsi pulak resepi nie.

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...