Monday, October 22, 2012

Ketam Masak Lemak Cili Api


Ketam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan :
 3 ekor ketam (saiz besar)
1 helai daun kunyit, dihiris halus 
400 ml santan cair
300 ml pati santan
keping asam gelugor
Garam dan sedikit gula
*7-8 cili padi * (ikut suka tahap kepedasan masing)
*1 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1 inci kunyit hidup tua
 (  kisar semua bahan yang bertanda * )
2 batang serai - dititik

Cara-Cara :
1. Siang ketam, buang kulit keras, gunting sedikit kaki2 ketam yang kecil dan ketuk sepit ketam, biar retak. Cuci bersih dan toskan.
2.  Tuang santan cair,masuk bahan2 kisar bersama serai titik, asam gelugor dan sedikit garam, masak hingga terbit minyak. 
3. Masukkan ketam dan masukkan daun kunyit. Bila mendidih, tuang pati santan dan tambah sedikit gula jika suka.
4. Masak hingga mendidih atas api perlahan. Rasa dan jika perlu tambah garam. Masak untuk 1 - 2 minit lagi dan matikan api. Hidangkan panas2.


4 comments:

Amie said...

Waduh Reennnnn.... ngences gue! Lama tak meratah ketam! Sedapnya...

REEN KHAN said...

hehehe kak amie.. mengancam betul ketam ini fresh betul..

FatihaNur said...

salam kak reen...

switch on my appetite la kak...huhuhu

** mesti best meratah ketam nih...**

Bali Tour said...

This is great Article
Thanks for the recipe

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...