Monday, October 22, 2012

Ketam Masak 3 Rasa



Hari ini 23.10.2012 bersamaan hari selasa..hujan dari subuh bawa ke pagi..macam biasa rutin seawal 5 pagi.. 
setelah selesai tugasan..pagi terasa nak masak ketam 3 rasa ini ..kalau makan dengan nasi panas .. perghhh hilang berkejar diet saya ..sambil2 saya masak.. saya kejutkan rina .. bangun la anak mama hari dah siang maklum la di sarawak seawal sejam dari semenanjung jadi pukul 6.00 pagi dah terang benderang..
Bangun2 memang dia dah tahu rutin bila dia tidak sekolah .. anak mama sudah merdeka selepas PMR.. dah mula cuti mengosok baju kerja papanya.
Pukul 8.00 pagi  suami saya  sudah siap sedia ke ofice..apa lagi mama rina dan rina menyantap lauk ini yang sangat sesuai untuk hidangan tengah hari.. faham2 je cuaca hujan..semuanya sedap..
Bahan-bahan  
 4 EKOR KETAM POTONG 2
1 INCI HALIA *
1 ULAS BAWANG BESAR *
 3 ULAS BAWANG PUTIH *
NENAS DIPOTONG DADU2
2 BATANG SERAI DI TITIK
1 BIJI CII MERAH
5 BIJI CILI API ( JIKA NAK PEDAS TAMBAH LAGI)*
SEDIKIT GARAM
1 KIUB AYAM
1 CAWAN AIR
1 BIJI TOMATO DIBELAH 4 
3 SUDU MINYAK MASAK
3 SUDU BESAR CILI MESIN
1 SUDU BESAR SOS TIRAM
1 SUDU BESAR SOS TOMATO
1 SUDU BESAR SOS CILI

Cara membuat
BERSIHKAN KETAM, KETEPIKAN DULU.
BAHAN BAHAN YANG BERTANDA * DI BLEND, KEMUDIAN TUMIS HINGGA NAIK BAU,
BERSAMA SERAI YANG DI TITIK TADI.
MASUKKAN SOS, CILI MESIN.TUMIS SAMPAI GARING,KEMUDIAN MASUKKAN AIR.
MASUKKAN KETAM, TUTUP SEMENTARA NAK TUNGGU MENDIDIH.
KEMUDIAN MASUKKAN,TOMATO, NENAS DAN CILI MERAH YANG TELAH DIHIRIS HIRIS HALUS.
MASUKKAN GARAM DAN KIUB AYAM. RENEHKAN SEKEJAPA.
TUTUP API DAN HIDANGKAN SEMENTARA MASIH PANAS BERSAMA NASI PUTIH.

1 comment:

Fatimah Bt Tony said...

Sedapnya.. Faveret saya guna telur masin.. Terliur tengok gambar.. Hehe..

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...