Monday, October 22, 2012

Biskut Coklat Chip Famous Amos




Biskut Coklat Chip Famous Amos (Home Made)
Sumber : Che Ct

Bahan diayak :
2 1/4 cawan tepung gandum
3 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu besar susu tepung
Secubit garam

Bahan-bahan lain : 
250 gm mentega - suhu bilik
150 gm gula kastor
1/2 sudu kecil asen vanilla
1 biji kuning telur
1 cawan coklat chip - boleh tambah
100 gm sebarang kekacang - Optional
50 gm kismis hitam - dibelah dua

Cara membuatnya :

1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.

4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.

5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.

6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.

7. PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.

8. Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit. Bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.

9. Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 5 minit baru dipindah atas redai dan biar sejuk sepenuhnya
    sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.  




No comments:

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...