Wednesday, September 19, 2012

RED VELVET CAKE

Si baldu merah ini..permintaan azrina ..lama sudah dia minta di buat..mamanya buat dengar tidak dengar sahaja .. tapi hari ini lahir la si baldu merah reen yang sulung alhamduliah resepinya kena dengan selera reen dan azrina.
Jom kita tengok resepinya .. tengok bahannya mudah sahaja ..kalau sekilas pandang macam remeh sebab banyak stepnya .. tapi senang saja dan kejadian nya pun cantik..


BAHAN BAHANNYA

2  1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 SUDU KECIL GARAM HALUS
2 SUDU BESAR SERBUK KOKO
1/2 CAWAN MENTEGA ( REEN GUNA BUTTERCUP)
1  1/2 CAWAN GULA KASTOR
2 BIJI TELOR  GRED A
1 SUDU KECIL ESEN VANILLA
1 CAWAN SUSU SEGAR DICAMPUR DENGAN 1 SUDU BESAR LEMON BIARKAN 5 MINIT
(SUSU SEGAR ITU REEN GUNA FULL KRIM DUTCH LADY)
2 SUDU PEWARNA MERAH ( TAPI REEN GUNA 1 SUDU BESAR SAJA)
1 SUDU KECIL CUKA 
1 SUDU KECIL SODA BIKARBONAT

CARANYA
1.AYAK TEPUNG GANDUM DENGAN GARAM HALUS,SERBUK KOKO KETEPIKAN 
2.PUKUL MENTEGA HINGGA LEMBUT (1 -2 MINIT)
3.TAMBAH GULA,PUKUL SEHINGGA RINGGAN (2-3 MINIT)
4.MASUKKAN TELOR SEBIJI DEMI SEBIJI ,TAMBAH ESEN VANILLA PUKUL SEBATI
5.MASUKKAN SUSU YANG DI CAMPUR DENGAN PERAHAN LEMON TADI PUTAR DENGAN KELAJUAN SEDERHANA
6.MASUKKAN TEPUNG YANG TELAH DI AYAK TADI DENGAN GARAM DAN SERBUK KOKO TADI SEDIKIT DEMI SEDIKIT
7.MASUKKAN PEWARNA MERAH 
8.DALAM MANGKUK YANG LAIN CUKA DAN SODA BIKARBONAT DICAMPURKAN (BIARKAN DIA BERBUIH)
9.TUANGKAN KE DALAM ADUNAN KEK TADI .GAUL DENGAN SENDUK PERLAHAN LAHAN
10.BAKAR 170 C 25-30 MINIT API ATAS BAWAH

TOPPING
creamcheese frosting 

1. Cream cheese Philadelphia (250gm)
2. Mentega (35gm )
3. Gula aising (130gm )
4. Esen vanilla (1/2 sudu kecil )

MIX SEMUA 









5 comments:

Liza said...

salam reen, Liza belum pernah lg cuba buat rvc ni, takut xjadi....sedap tak?

Qasey Honey said...

cantiknye..dr siang td QH tgk..simple tp mnarik dpandang..

~~zana@pb~~ said...

Pepagi akk tgk red velvet, teringin pula nak buat:-)
Simple je resipinya, pernah buat sekali..

azurachan said...

Lom pernah gik kamek rasa Red Velvet koh...

Anonymous said...

Salam.. Sis, tumpang tanya.. Akak duduk sarawak area mana?

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...