Wednesday, September 5, 2012

KEK KARAMEL COKLAT MOIST

Salam.. buat semua. rasanya lama betul reen tak mengemas dapur reen ini.. nak kata Mood raya tak juga ..cuma mood malas bercampur dengan mood sedih sebab tahun ini beraya di perautauan..huhuhu jadi semua buat macam tak ada semangat saja.entah la bila nak datang semangat waja ini.. 
Buat masa ini banyak benda yang reen kena kurangkan aktivi untuk beri tumpuan pada azrina .sebab PMR pun tak sampai sebulan pun dari sekarang.Alif pun tengah exam.. mama ..risau resah semua nya ada ..hanya doa mama pengiring sebagai langkah mereka ..moga anak2 mama berjaya di dunia dan akhirat..amin

BAHAN KARAMEL:

STEP 1:2 sudu besar gula pasir ditabur dlm loyang

STEP 2:letak loyang atas dapur gas utk mencairkan gula menjadi karamel dgn menggunakan api perlahan..

Pastikan karamel tadi memenuhi ruang loyang tu . dah siap ketepikan..

STEP 3:
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis 
1 sudu teh esen vanila
3 biji kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)

STEP 4:
kacau perlahan bahan2 di atas guna whisker atau garpu dan tapiskan ke dlm loyang gula hangus tadi

STEP 5:
 kukus sampai masak  dalam setengah jam
*sementara tu,siapkan BAHAN KEK CHOCOLATE MOIST

BHN A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA:
satukan semua bahan dalam periuk,kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dgn api perlahan sambil dikacau hgga sebati,dah sebati,padamkan api dan rehatkan sekejap

BHN B:
3/4cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bahan di atas di ayak

BHN C:
4 biji telur - pukul dgn whisk 

CARA :
satukan BAHAN B dan BAHAN C ke dalam BAHAN A secara berselang seli dan gaul sebati dgn whisk atau senduk

* tuangkan adunan ke dalam loyang karamel tadi

*kukus sampai kek tu betul2 masak.. dalam 1 jam stgh 

* dah masak,biar kek sejuk atau hingga kek meregang baru di terbalikkan kek.. simpan kek dlm peti ais bagi menambahkan kelazatan 



No comments:

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...