Telor Ikan Masak Lemak Cili Padi


  • BAHAN-BAHANNYA :
  • 1 peket telor ikan tenggiri atau apa2 ikan ( lebih kurang 800 g)
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun kunyit, disiat2
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam secukup rasa
  • 3/4 cawan cili padi kampung*1 inci kunyit hidup*4 biji bawang merah*(*ditumbuk halus)
CARA MEMASAK :
  1. Telor ikan cuci bersih dan toskkan. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan bahan tumbuk halus, serai dan santan cair, kacau dan didihkan. Masukkan telor ikan dan tambah santan pekat. Bila mendidih, masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya.
  3. Kacau perlahan, rasa dan jika ok boleh matikan api.


Comments

Delima Zamrud said…
Salam perkenalan, ermmmm sedap nyer telur masak lemak.. :D
faa.rosli said…
meleleh air liur tgk ni...srruup! :)
REEN KHAN said…
salam perkenalan delima.. lawan pulak dengan sambal belacan ikan terubuk masin .. pembuka selera ..alhamduliah
REEN KHAN said…
salam Faa
lama betul x makan telor ikan.. ermmm bertambah2 nasi.

Popular Posts