Wednesday, July 4, 2012

Nasi Goreng Pattaya



Bahan-bahan :
 Sepinggan nasi putih sejuk
1 sudu besar minyak masak
1 biji bawang merah besar + 3 ulas bawang putih diblend
1 mangkuk kecil isi ayam
3 sudu besar sayur campur 
3 tangkai cili padi diketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil kicap 
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 biji telur ayam
Garam & kiub ayam secukup rasa

Cara-cara :
1.Panaskan minyak
2.Tumis bawang yang diblend hingga naik bau
3.Masukkan isi ayam, kacau hingga masak
4.Masukkan sos tiram
5.Masukkan garam & gula secukup rasa
6.Masukkan sayur campur & cili padi
7.Masukkan nasi
8.Taburkan serbuk lada hitam & kacau hingga sebati
9.Angkat

Proses membungkus nasi dengan telur:
 1.Gunakan kuali berasingan dari kuali yang diguna untuk menggoreng nasi.
2.Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar butter
3.Ratakan butter hingga keseluruh permukaan kuali
4.Bila butter betul-betul panas, masukkan 2 biji telur yang telah di pukul.letak sedikit garam dan  secara berpusingan bermula dari atas hingga ke tengah kuali. Pastikan telur rata dan menipis di dalam kuali. Proses ini mengambil masa yang amat singkat.
5.Masukkan nasi yang digoreng tadi ke bahagian tengah telur yang masih  dalam kuali.
6. Hujung telur dilipat menjadi 4 penjuru. Proses ini sama seperti menbuat murtabak
7. Ambil pinggan kosong, telungkupkan di atas telur dan terbalikkan kuali dan sambut nasi goreng yang berbungkus nasi secara berhati-hati.



4 comments:

Azie said...

As salam. Salam kenal. Kalau dpt nasi sebegini utk breakfast, mesti sedap ni

REEN KHAN said...

w'salam puan azie
salam kenal juga dari saya buat puan .. begitu seronoknya anak dara saya balik dari sekolah menikmati nasi goreng pattaya ini

Azie said...

Best bila anak suka makan apa yg kita masak kan?

lamanresepi said...

Salam sejahtera, terima kasih kerana kongsikan resepi di LS, harap tidak jemu tambah koleksi resepi di sana kerana LS menyediakan backlink ke blog ini. tq

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...