Friday, April 20, 2012

Laksa Asam Sardin



Bahan-Bahannya:

1 tin Sardin  (size 400g)
3 biji bawang besar (dikisar)
4 biji cabai burung (dikisar)
2 senduk cili kisar
1 sudu sos tiram
1800ml air
Asam keping dan Garam ( secukup rasa)
Bunga Kantan
Daun Kesom
Minyak untuk menumis

Hiasan
Laksa
Telur Rebus
Timun
Bawang Besar
Cili Besar @ Cabai burung
Salad

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak .Tumiskan bahan kisaran seperti bawang besar,cabai burung , cili kisar dan sos sardin.
2.Masukkan daun kesom dan bunga kantan yang sudah pun dihiris.
3.Masukkan air dan sardin yang sudah dikisar.
4. Biarkan mendidih. Lepas tu masukkan asam keping, sos tiram dan garam secukup rasa.

9 comments:

Mamasya said...

Salam Reen.laksa asam mmg favorite...sedapnya. tp belum pernah masak dg sardin...

rahel said...

Kak Reen..tak tahan gue tengok Laksa asam sardin ni..ada lagi k? semangkuk pun jadila..

REEN KHAN said...

w,salam mamasya
cuba la . simple tapi sgt sedap bagi reen cuba ye

REEN KHAN said...

rahel
hehehee ada lagi mai la sini kita makan sama sama ..:)jgn kata semangkuk .. bermangkuk2 pun boleh demi rahel ..

ummiaisyah said...

Salam Reen...tak tahannya tgk laksa tu!

dapurCikWan said...

Salam kenal kak =).. teringin nak merasa laksa serawak..

REEN KHAN said...

wsalam cik wan

hehheee try la buat sedap tau laksa sarawak ni

Pu3 Bibah Cun Melecun said...

salam kak,

just nak tanya yang sadin tu kena kisar isinya je la ye?

kuah sardin tu buang kan?

REEN KHAN said...

wsalam pu3

ikan sardin perlu dibuang tulangnya dan di kisar .. sos nya terpulang nak bubuh atau tidak

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...