Wednesday, February 1, 2012

Asam Pedas Daging Berapi


Resepi Asam Pedas Daging Berapi
600 g daging bercampur  tetel ( dipotong dan dibersihkan)
1/2 cawan air asam jawa pekat
2 -3 tangkai daun limau purut
garam secukupnya
gula secukupnya
1 sudu kecil kerisik
1 sudu kecil serbuk lada hitam
serbuk perasa - tidak bubuh pun tak apa
Bahan kisar- lagi sedap jika di giling halus
20 biji cili kering – di rendam
1 inci kunyit hidup
1 1/2 inci halia
1 biji bawang besar
3 ulas bawang  kecil
4 ulas bawang putih
sedikit belacan – jika suka
Cara penyediaan
1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan daging, kacau seketika dan masukkan sedikit air ( bergantung pada banyak mana kuah yg anda inginkan ).
3. Masak hingga daging empuk.
4. Masukkan air asam jawa, kerisik ,serbuk lada hitam dan sesuaikan rasa.
5. Masak lagi hingga kuah sedikit pekat dan bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan daun limau purut

No comments:

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...