Saturday, October 1, 2011

Tosai

Proses nak menbuat Tosai ini tidaklah rumit sangat tapi memerlukan jangkamasa yang agak lama ..contoh nak makan untuk hari sabtu. pagi jumaat kita kena merendam kacang aluthu dengan beras perlu dilakukan pagi jumaat.biarkan dia terendam sampai petang.kemudian basuh bersih bersih masukkan segengam nasi putih. kemudian blender dengan sedikit air .simpan dalam peti ais selepas kita blender ..esok pagi sabtu dah boleh masak.tosai ini sedap di cecah dengan sambal kelapa dan kari ikan. Bahan bahan. 2 cwn beras -rendam 8 jam 1 cwn aluthu yang tak ada kulit.- rendam 8 jam 1 kepal nasi sedikit garam cara caranya rendam aluthu dan beras semalaman atau 8 jam Kisar semua dengan blander hingga halus. masukkan sedikit air semasa blender. air agak-agak padan dengan bahan2 yang nak di kisarlah. kadar kecairan adunan seperti apam lenggang masukkan garam dan kacau rata peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan naik.simpan dalam peti ais. kacau2 adunan tadi. ambil lebih kurang 1 cwn atau 1 senduk adunan dan rata2kan atas kuali non-stick anda. masak dgan api perlahan atau sederhana Begini rupa kacang aluthu yang boleh didapati di kedai runcit India atau kedai mamak.

1 comment:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

salam Reen.Kak ros suka rawa tosai,suka sangat2.Tapi tosai biasa pun tak tahu nak buat!

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...