Friday, September 9, 2011

Bubur Barli

Selain air barli .. bijirin barli ini sedap di buat bubur barli.. enak rasa nya lemak lemak manis.barli bagus diminum untuk mengurang panas di dalam badan.. dan sangat elok diminum semasa cuaca yang panas. Sangat bagus untuk melawaskan kencing.jika mengalami sakit ketika menbuang air kecil..ari2 kita terasa sakit .bak kata orang tua tua kencing kotor ..elok amalkan minum air barli. Bahan-bahan ( 4 orang ) 1 cawan gandum 2 cawan santan Gula mengikut rasa Sedikit garam Sehelai daun pandan ( disimpul ) Cara-cara Rebus gandum hingga kembang. Masukkan santan dan daun pandan. Masukkan gula dan sedikit garam. Tunggu hingga mendidih.gaul supaya santan tidak pecah minyak Boleh tambah santan jika inginkan kuah yang banyak.

3 comments:

Acik Erna said...

Assalam reen..selamat hari raya..
acik memang suka makan bubur..tak kira apa jenis..tapi tak pernah buat bubur barli..terima kasih kongsi disini.

Anonymous said...

barli ke gandum? barli& gandum x sama .....

REEN KHAN SHARIFF said...

Bubur barli dengan bubur gandum benda yang sama cuma gelarannya saja mengikut negeri...

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...