Saturday, July 16, 2011

Pengat pisang berjagung

Tekak ini terasa sangat nak makan pengat pisang taruh jagung..aduhai macam kat lidah sahaja rasanya.teringat dulu dulu waktu bulan puasa aruah mak rajin buat pengat untuk pencuci mulut untuk berbuka puasa  sebab adik aruah mak saya iaitu pak cik saya babah chik suka sangat makan pengat semasa berbuka puasa.
 Rasanya semua tahu buat pengat pisang ini kan.. santan sedang2 pekat. pisang di potong serong serong,gula secukup rasa,daun pandan,jagung dalam tin cik an beli jagung tanpa krimer  dan secubit garam.cik an suka kalau pisang itu tidak lembek sangat .semasa memasak gunakan api yang sederhana .supaya santannya cantik tidak bertahi minyak kata aruah mak Cik an dulu dulu.kenalah rajin mengacau supaya cantik kalau nak letak sagu biji pun boleh supaya kuahnya menjadi pekat ..
Beriya iya nak makan tadi. dah masak ermm hirup sesudu dua saja. gatal saja cik an ini .macam orang mengidam pulak.bukan tak sedap tapi al maklum la dah berlemak manis pulak.. cik an ni dah la sweet 40 ni kena la makan itu orang kata beringat ingat.. nak makan sedap lama kena makan itu beringat ..

2 comments:

CheKiah said...

cedappppppp..bak semangkukkk...:)

Cendana Kasih said...

geli hati tgk corak2 kat pisang tu....

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...