Tuesday, May 17, 2011

Puteri Berendam

Cuaca hari ini panas sangat di Bintulu Sarawak..mari la kita berendam..Puteri Berendam..alamak makcik an nak berendam..hari ini suami saya dan jiran jiran saya menbuat pesta menjemur bantal dan tilam.. seronok melihat.. sebelum ini pesta menjemur belacan..

Bahan Inti Kelapa
200 gm kelapa parut (buang kulit arinya)
1 sudu makan tepung jagung
120 ml air
100 gm gula melaka
30 gm gula pasir
¼ sudu teh garam atau secukup rasa
1 helai daun pandan

Cara:Masak gula melaka & gula pasir bersama air hingga gula larut. Kemudian tapis. Gaulkan campuran air gula ini bersama kelapa parut, garam dan daun pandan lalu dimasak atas api. Akhir sekali, masukkan tepung jagung dan digaul rata hingga inti pekat. Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.
Bahan Kuah
 600 ml santan pekat
2 helai daun pandan
1 sudu makan tepung jagung atau tepung beras
½ sudu teh garam atau secukup rasa
Cara:
Satukan semua bahan lalu dikacau sehingga pekat.

Bahan Kulit300 gm tepung pulut
1 sudu teh pewarna unggu
230 ml air( agak2 seperti menbuat kuih onde onde)
½ sudu teh garam
½ sudu teh gula
(Satukan semua bahan ini)

Cara:Uli tepung pulut dan semua bahan lain. Ambil sedikit adunan; leperkan dan diisi dgn inti kelapa lalu ditutup menjadi sebiji bebola. Buat begini sehingga selesai semua bahan tadi. Sementara itu, didihkan air dalam periuk, masukkan sedikit garam dan daun pandan. Kemudian rebuslah bebola-bebola tadi di dalam air yg sedang mendidih itu. Apabila sudah masak, bebola-bebola tadi akan timbul ke atas. Angkat dan terus bubuh ke dalam kuah yg telah siap. Siramkan kuah hingga menutupi semua bebola-bebola tadi.


No comments:

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...