Tuesday, May 17, 2011

Mee Kari Ketam

Mee kari..sedapnya tapi tak boleh lawan mee kari TUAN HAJI KASSIM Jalam 8 Pandamaran Jaya.. TOK POT POT orked..memang power..al maklum la air tangan orang dulu dulu. Mak Su punya mee kari punya sedap juga.. (mak su ..Nor rindu kat mak su..)pasal nor rindu kat mak su..nor masak mee kari sama macam mak su buat.. sedap sangat TERIMA KASIH mak su ..
Bahan:
sekilo  ketam di potong 2 setiap SATU

Bahan kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
2 sudu besar rempah kari daging (saya guna baba's)
1 cawan santan
1 biji ubi kentang di rebus dan di lenyek halus
minyak untuk menumis
air kosong
Bahan Hiasan
1 peket mee kuning dicelur atau di kukus
1 biji tauhu digoreng dan dihiris
2 keping fish cake digoreng dan dihiris
Sawi dicelur atau di kukus
1 biji tomato dibelah 8
Limau nipis dan cili merah yang dihiris
Bawang goreng untuk ditabur.
2 biji telor di rebus
Daun sup dan daun bawang di hiris halus
Cara:
1- Tumis semua bahan tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari, dan tambah segelas air kosong masak hingga sebati hingga agak pecah minyak sedikit.Jika terlalu pekat boleh ditambah air lagi.
2-Masukkan ketam dan kentang yang telah di lenyek masak hingga sebati. Tambah pula santan kacau. Perasakan dengan gula,kiub ayam dan garam secukup rasa.
Cadangan hiasan:
1- Letakkan mee dalam mangkuk.
2-Kemudian masukkan semua bahan hiasan dan tuang kuah kari tadi. Sedia untuk dimakan

4 comments:

shaq said...

sedapnyee kak..!

Norehan Shariff said...

shaq: mee kari ketam memang sedap manis nya lain sama macam kita buat mee kari tulang ayam... pun sedap.

Nurul said...

Aduh... terliur sudah.. nurul x pernah lagi buat mee kari ketam.. mesti sedap sgt...!

Norehan Shariff said...

nurul: sedap cuba la buat guna ketam..manis sgt ..

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...