Wednesday, May 18, 2011

Popia Goreng Sempoi

Popia Goreng makan semasa masih panas memang sedap tidak sedar berulang ulang tangan ke piring popia goreng itu.

Bahan-bahan ( 14 ketul )

  • 14 keping kulit popia
  • 1 peket Sosej Ayamas
  • 1 peket isi ketam (Crab Fillet)
  • 1 batang lobak merah di potong panjang
  • 1 cawan kacang campur
  • 2 biji putih telor

Cara-cara

  1. Sosej Ayamas dan isi ketam di belah dua
  2. Ambik sekeping kulit popia. Letakkan sosej,isi ketam lobak merah di potong panjang dan sayur campur tadi. Kemudian bungkus. Letakkan putih telor di hujung sebagai gam. Buat sampai habis
  3. Kemudian goreng dalam minyak penuh sehingga kekuningan 
 Popia Goreng ini kira simple habis.. memancing selera bagi kanak kanak sebab isi nya bukan macam biasa ..taugeh,sengkuang..carrot di goreng sedikit ..kalau buat macam ini alamat tidak cukup la rasanya.

2 comments:

Nurul said...

Memang sempoi... yg penting sedap.. sesuai tuk anak2 kita ni... :)

Norehan Shariff said...

Nurul.. bukan untuk anak2 je dengan kita2 sekali ngappp.. hehehe..

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...