Thursday, May 19, 2011

Bubur Pisang BerCha Cha...


 Bubur Pisang BerCha Cha
Bahan-Bahan:
400 gm tepung gandum
1 biji kelapa (ambil santannya anggaran2½ mangkuk)
2 helai daun pandan 
1 sisir pisang abu di potong serong serong
Sedikit garam 
Air secukupnya

Cara:
Bancuh tepung dengan air dan sedikit garam.
Jika suka puan boleh warna doh ini mengikut warna kegemaran puan.
Uli hingga menjadi satu doh(biar keras sedikit daripada bancuhan roti canai). Ambil sedikit tepung dan canaikan setebal 5 mm
panas kan sebentar di kuali .
Kemudian gunting kecil-kecil mengikut kesukaan anda. 
Jerangkan air anggaran 1/2 periuk.Apabila air telah mendidih, masukkan tepung yang telah digunting tadi. 
Kacau supaya ia tidak melekat. 
Apabila telah timbul, angkat dan toskan. 
Kemudian letakkan ke dalam bekas berisi air sejuk supaya ia tidak melekat.
Buat begini hingga selesai.
Didalam periuk lain masukan santan,gula,daun pandan dan pisang abu gaul mesra dengan api yang perlahan.jangan sampai pecah minyak.masukan tepung cha cha tadi gaul mesra ..siap!


No comments:

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...