Sunday, May 29, 2011

Mee Ketam

Selalu sangat kita makan MEE UDANG.. taraaaaaa cik an sahaja reka 1 menu baru Mee ketam sedap juga terasa manis nya isi ketam itu..kebetulan hari ahad lepas cik an dan suami pergi ke Kidurong menbeli ikan dan ketam yang di tangkap oleh nelayan..memang segar lagi walaupun mahal tapi berbaloi sangat.
Bahan-Bahan:  

300 gm mee kuning (dikukus sebentar)
100 gm taugeh di celur sekejap
sekilo ketam dibersihkan
2 keping tauhu goreng (dihiris)
1 biji cili hijau (dihiris)
1 mangkuk air atau mengikut puan2 jika nak pekat dan cair nya.
2 biji keledek (diblender halus  campur air )
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 biji bawang kecil (ditumbuk)
2 sudu besar cili kisar
Garam & minyak masak
.
Gula secukup rasa
1 kiub ayam
2 sudu besar gula merah.

Cara: 
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, udang kering & cili kisar hingga garing. Masukkan air, keledek yang telah diblender halus.masuk kan ketam Masak hingga mendidih.masuk kan gula,garam,kiub ayam,dan gula merah.didihkan sebentar.kepekatan kuah ini seperti kuah mee jawa atau mengikut citarasa masing masing
Angkat & hidangkan

Cadangan Hidangan: 
Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan telur rebus, tauhu goreng limau kasturi dibelah 2 & cili hiris.
 kalau nak syok.. time makan kita perah kan limau kasturi lepas itu tergigit cili padi apa lagi kelam kabut cari air sejuk ....makan panas panas.time itu  tak toleh lagi kiri kanan ..time itu mak mertua pun lalu tak nampak..kalau cik an macam mana nak nampak sebab mak mertua cik ada kat semenanjung..cik an kat sarawak..hehehe

No comments:

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...