Tuesday, May 31, 2011

Kuih Lompang

 
          Bahan bahan
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah 
  • 2 sudu serbuk coklat
  • 2 cawan air
  • daun pandan
  • kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap
          Cara cara
  1. satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar
  2. satukan tepung beras,serbuk coklat dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
  3. kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati
  4. tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak.
  5. kukus 10 minit atau hingga masak. 
  6. hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi. 
 Cik An mederhaka sikit masukan serbuk coklat kedalam resepi kuih lompang ini..anak anak cik an pun suka sebab ada rasa coklat2 dan lemak2 gula merah..apa apa pun layan aje le.. ..

5 comments:

Mak Qis said...

cantiknyaa...dah lama rasanya tak makan kueh lompang neh...tq for sharing the recipe yer...nnt bebile bleh cuba

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

dah lama dok intai resepi ni..tapi belum cuba lagi...kiv yer

Norehan Shariff said...

mak ois & nazrah kuih lompang simple sangat tapi sedap sangat sangat makan bersama kelapa putih

Miss Hawa 019 3129806 said...

salam..aduhai..sy juga rindu masakkan arwah mak sy..sy nak masak la kueh nie..terima kasih sbb sudi share..

Norehan Shariff said...

sama sama miss hawa.. (kebetulan pulak nama arwah mak saya pun hawa hajah siti hawa)

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...