Wednesday, June 1, 2011

Cekodok Pisang

Cik An beli 2 sisir pisang sesisir saja laku..lagi sesisir dah sampai masak ranum.. kebetulan hari ini cuti Hari Gawai cuaca pulak panas terik..suami cik an minta buatkan cekodok pisang..
Cik an buat cekodok pisang ini main agak agak saja macam aruah mak cik an juga..semua main agak agak Tepung Gandum,pisang masak ranum di lecek halus,kelapa parut putih,garam,gula,susu tepung dan sedikit air.
Cik an ingat lagi dulu aruah mak cik an buat lagi besar. Cik an ingat lagi besar PENUMBUK.. betul Cik an tak tipu.. dulu aruah mak Cik an jual sebiji 20 sen saja..tapi besar gile puas makan walapun kita beli sebiji saja...Cik an tak pandai la buat macam aruah mak Cik an..tapi bolehlah ikut caranya yang bulat bulat.

No comments:

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...