Thursday, May 19, 2011

karipap Ikan

Pertama kali makan karipap berinti isi ikan di Terengganu semasa bercuti di Kuala Terengganu..Memang sedap.Kalau biasanya Karipap berinti kentang ,keledek ataupun sardin.Inti nya saya adunkan mengikut citarasa saya sendiri insyallah sedap terasa macam inti pulut panggang inti..
Bahan
Isi ikan Tenggiri atau apa apa saja isi ikan kegemaran puan
saya rebus bersama sedikit garam
kemudian saya tapis dan asingkan isi ikan dengan tulang.
tumbuk halus atau blender isi ikan
Kelapa parut putih
bawang kecil,serai,bawang putih,udang kering di tumbuk halus
garam, gula dan kiub ayam atau kiub ikan bilis
Cara
Tumis bahan yang di tumbuk halus sehingga garing,masuk kan isi ikan.masukan kelapa parut .gaul mesra.masuk kan garam,gula dan kiub ayam atau kiub ikan bilis.masak sehingga kering sedikit.
Untuk kulit karipap.
Tepung Gandum

Air Suam yang di campur sedikit garam
Minyak Sayur di panaskan
Cara
Tepung Gandum dimasukan ke dalam bekas. lubang tengah tengah tepung  curahkan minyak sayur yang telah dipanaskan.. gaul sebati kemudian baru masukkan air suam uli sebati .. canai pastry masukan inti dan kelim tepi karipap.
Petua Mengoreng karipap
Mengoreng karipap perlu mengunakan api yang sederhana  supaya kulit karipap itu tidak terkejut beruk menyebabkan pastry karipap akan menjadi mengerutu ..

No comments:

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...