Saturday, May 21, 2011

Agar agar Cendol

Bahan-bahan
1/2 paket agar2 [20 gm]
3 gelas air
1 cawan gula
1 cawan susu cair atau santan pekat
2 cawan cendul
1 cawan gula merah
1/2 cawan kacang merah ( saya pakai kacang merah dalam tin )
Cara
1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi. Tapiskan.
3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4. Bahagian pertama itu dipanaskan dan masukkan gula merah.
5. Kacau rata dan biarkan mendidih dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan keras sangat nanti adunan tidak    melekat.
7. Setengah bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair atau santan pekat dan kacang merah berserta cendul.
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan.
9. Hidangkan.

 Agar agar cendol.. buat penyejuk tekak dan meredakan kemarahan saya hari ini.. apa apa pun layan la..saya tak puas hati hasil Tembakan saya hari ini.. Kemarahan saya juga menpergaruhi.. Tembakan saya juga..amat sedih melihat hasil nya ..gambar nya kurang memuaskan hati saya..

5 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam suka le agar cendol ni..mmg suka mkn ..ada masa nnt nak try resepi pula...ok tu pic...

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Salam... moga cepat sejuk hati tu....agar2 ni pun ok sangat

Norehan Shariff said...

Terima kasih shela dan nazrah.. telah reda marah di hati..tak nak simpan lama2 ..:)
Cuaca sekarang panas sekarang ini..pekena agar2 cendol begitu nyaman sekali kata orang sarawak.

sweetypinky said...

cantiknya agar2 reen ni.makan pun mesti sedap...acuannya reen xjual ker.

sweetypinky said...

cantik agar2 cendol reen ni...acuannya reen ada jual tak.

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...