Monday, April 4, 2011

Tauchu Ikan Bilis

Masakan paling saya suka tauchu ikan bilis. masih teringat tauchu masakan dari aruah mak saya masih terlekat rasa nya sehingga kini kesedapan dan nikmat nya  tauchu ikan bilis atau ikan lebihan lauk semalam.
Resepi paling simple mudah dan cepat
BAHAN BAHAN:
Ikan Bilis yang digoreng (asingkan)
Ubi kentang di potong dan digoreng(asingkan)
Cili Hijau di belah 2
Air asam jawa
Bawang merah di hiris halus
Bawang putih  di hiris halus
Halia di hiris halus(lagi banyak lagi sedap)
Cili padi 
Tauchu 1 peket (cap bilal yang biasa saya guna)
CARA CARA:
Tumis bawang besar.bawang putih,halia .masuk kan tauchu goreng sebentar.masuk kan air asam jawa(jika nak pekat letak sikit je klu nak cair2 kuah nya taruh banyak sikit adjust sendiri mengikut  citarasa puan puan.
Didihkan masuk kan cili padi dan cili hijau.rasa garam(jika masin tak perlu lagi taruh garam.letak secubit kuib ayam)tutup api masukkan ikan bilis goreng dan ubi kentang goreng.SIAP!!

No comments:

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...