Sunday, April 3, 2011

Asam Rebus Ikan Pari

Semalam rasa nya sudah over makan, 
hari ini nak cover balik la rasa, 
saya masak asam rebus ikan pari untuk juadah tengah hari ini.
Apa orang kata MASAK SEKALI MAKAN, 
sebab suami saya sudah warning hahaha malam dia tak nak makan nasi.
Jadi, malam ini kena masuk dapur juga untuk makan malam rasanya nak masak MAKARONI.
Ok, masak asam rebus ni masakan kegemaran bapa saudara saya TUAN HAJI AHMAD BIN HASHIM
Senang berbenor masak lauk ni semua masuk je dlm blender.


kalau nak tahu resepi klik link kat bawah ni slmt mencuba...

Bahan bahan:
IKAN PARI
CILI MERAH *
CILI PADI*
SEDIKIT BELACAN*
1 BATANG SERAI DI TITIK
SEDIKIT HALIA*
BAWANG MERAH*
BAWANG PUTIH*
AIR ASAM JAWA
SEDIKIT SERBUK KUNYIT ATAU KUNYIT HIDUP*
BENDIL,TERUNG,TOMATO (IKUT SUKA LA NAK TARUH SAYUR APA PUN)
Cara cara nya:-
Blender semua bahan yang bertanda * sehingga halus.jika nak pedas banyakkan cili padi.masuk kan didalam periuk.masuk kan  air asam jawa dan serai yg dititik.didihkan masuk ikan pari.masukkan bendil,tomato,atau terung panjang rasa garam,masuk kan serbuk kunyit dan sedikit kiub ayam didih kan sebentar.

1 comment:

naimah said...

assalamualaikum Reen.. :>

esok mau try ler..memang suka yg rebus2 mcm nie :)

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...