Monday, April 4, 2011

Kurma Ayam

Kurma Ayam  
Bahan bahan:
  • 500 gm ayam di potong sederhana besar
  • 1000ml santan
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia 
  • 2 biji air limau kasturi
  • 1 peket rempah kurma adabi di campur sedikit air supaya menjadi pes
  • 2 biji kentang besar
  • 2 biji cili hijau
  • 1 biji bawang besar dibelah empat
  • 1 biji tomato dibelah dua
  • Garam dan 1 kuib ayam 

Cara cara nya:
  1. Bawang besar , bawang.putih dan halia ditumbuk. Tumiskan atas dapur sehingga berwarna kekuningan.
  2. Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam diikuti santan.
  3. Gunakan api sederhana dan biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kentang.
  4. Setelah beberapa minit masukkan pula bawang besar yg dibelah empat, cili hijau, garam & kiub ayam
  5. Setelah kentang hampir empuk masukkan tomato. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk.masukkan air perahan limau kasturi.tutup air ..Siap!!

No comments:

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...