Sambal belanda atau sambal kering,sambal paling popular untuk bekal balik ke asrama mahu pun ke oversea.simple.makin lama makin sedap makan dengan roti mahupun dengan nasi panas.
Bahan penting ikan bilis,kacang tanah,tempe dan yang lain lain seperti Tahu potong kecil2 di goreng,ubi kentang pun sedap juga di campur sekali.rasa nya pedas2 manis.paling syok time tergigit kacang tanah terasa lemak dan rangupnya.
Bahan Bahan
Ikan bilis di goreng
Kacang tanah digoreng
Tempe di potong kecil2 digoreng
Bawang
bawang putih
sedikit belacan
gula,garam
Gula merah
Cili kering
sedikit air asam jawa
CARA CARA:Blender cili kering (direbus,tapis)bawang ,bawang putih,belacan..blender.
Tumis dengan api perlahan dan minyak yang sedikit.tumis sehingga garing. masuk kan gula,gula merah .garam.kiub ayam sedikit,air asam jawa sikit,masuk kan bahan yang digoreng.Gaul sebati dan Siap!!
No comments:
Post a Comment