Tuesday, April 5, 2011

Ikan Merah kukus bersama asam boy

Hari saya ini masak menu paling mudah,sihat dan paling roger hehehe sedap sambil mengodek nak buat apam beras percubaan pertama saya ..tak tahu la jadi ke tak?harap2 menjadi supaya mood saya x hancur tergelempuk hehehe..ok cite pasal ikan merah kukus ni paling senang je..semua main hiris2 dan campak2 sayang heheh campak2 manja
Bahan bahan
Ikan Merah dibersihkan
Asam boy ikut suka 2 atau  3 biji
Bawang besar di hiris halus
Bawang putih di hiris halus
Serai di titik
cili merah dan cili padi dihiris
Halia di hiris halus lagi banyak lagi bagus
sos tiram dan sos lada hitam  dicampur air sedikit siram pada ikan ikan merah tu
semua bahan yang dihiris di tabur kan di atas ikan dan kukus..siap..stim ikut ikan klu kecil kejap je
angkat tabur kan dengan cili merah dihiris dan daun bawang dan daun sup.
Masakan ni sedap di makan semasa panas2..
SELAMAT MENCUBA!!


No comments:

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...