Sunday, April 24, 2011

Kuih Keria

KUIH KERIA SEBELUM DI GORENG
         Bahan bahan
  • 500gm ubi keledek 
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula dan sedikit air 

SELEPAS DI GORENG
TARA!!!!!!!!!! SIAP DISIRA...
  1. Rebus ubi keledek hingga empuk.
  2. Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
  3. Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
  4. Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
  5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
  6. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.visi cik an..terap dengan acuan kuih donat.
  7. Petua tak nak bagi tangan melekat dengan aduan sapu tapak tangan dengan minyak
  8. Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
  9. Didihkan gula hingga pekat.
  10. Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  11. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  12. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat. 

No comments:

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...