Sunday, April 24, 2011

Kuih Ketayap

Resepi Kuih Ketayap
Bahan A
1 cawan tepung gandum
2 biji telur(saya tak taruh pun telor)
2 helai daun pandan
1 cawan air suam
1/2 cawan susu cair atau santan
1 sudu teh garam,
pewarna hijau
sedikit minyak utk disapu pada kuali
Inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut/jagung
Cara Penyediaan
 Untuk inti: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
    Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya.
    Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah.
    Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

 Untuk dadar :
 Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul.Tapis Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan masukan sedikit aduanan yang diwarnakan ke dalam botol muncung 3.picitkan diatas pan menbulat tunggu kering kemudian sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali  agar  adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung

12 comments:

Liz said...

Kalau di Brunei kami panggil kuih linggang..tapi tak ada lah berjalur begini...mungkin dipermodenkan supaya agak nampak berselera..

nadiya said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Norehan Shariff said...
This comment has been removed by the author.
izzah said...

macam mana nk dapatkan belang dia? xpaham juga instruction yg diberi.. mohon perjelaskan.. tq!

Norehan Shariff said...

mula mula picit secara mebuaat corak nya atas pan tunggu kering kemudian layar kan adunan seperti biasa kita buat kuih ketayap..

hanieyus66 said...

memang menarik betul kueh ketayap Reen..

hanieyus66 said...

nanti nak cuba resepi ketayap reen
pulak.. roti jala anak kt awesome..

hanieyus66 said...

nanti nk cb resepi kue ketayap reen
pulak, menarik, menyelera n kreatif...

nurul said...

salam, ada beza tak kalau tak letak telur?

REEN KHAN said...

salam nurul
terpulang pada citarasa.. keduanya pun ok

FH said...

terima kasih :)

Anonymous said...

wow..really creative Reen Khan..boleh calon master chef ni..thanks for sharing..mama norma sri damansara kl

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...