Wednesday, April 27, 2011

Buah Melaka @ Onde Onde

Permintaan anak bujang saya ..beriya iya nak makan buah melaka dari semalam.berjanji nak buat semalam ..elok elok dah potong gula kabung..check kat dapur alamak OMG tepung pulut tinggal suku je..ermm malas la nak buat..berjanji dengan aliff .esok mama buat kan untuk anak mama ok..tertunai la janji ..amboi sedap tengok anak mama makan..komplen tetap komplen..mama banyak kelapa la.. ayong nak sikit je kelapa..
stail lama dan baru.
Onde Onde @ Buah Melaka

* sebiji kelapa muda diparut (dikukus campur secubit garam)
* 2 keping gula melaka (dipotong dadu)
* 300 gm tepung pulut
* secubit garam
* setitik pewarna hijau
* setitik 2 air kapur(untuk mengenyalkan )
* 2 helai daun pandan

cara cara:

1.masakkan air dalam periuk masukan daun pandan.

2.campur kan tepung pulut bersama air menjadi doh masuk kan pewarna hijau
dan 2 titik air kapur

3.bentuk menjadi bulat kecil masuk kan gula melaka yg dipotong dadu

4.masukan kedalam air yang mendidih

5.tunggu sehingga dia terapung di atas angkat

6.golek kan di atas kelapa muda parut yg telah di kukus ..

7.hidangkan dan sedia untuk di makan..

3 comments:

AnakChott said...

wah!! sweetnya...warna warni....comel sangat... :)

mala said...

my son's favourite

Norehan Shariff said...

kegemaran orang tua tua yang tak de gg hehehe sebab x payah gigit main telan je macam mak ngah saya puan hajah siti mariam..

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...