Sunday, April 14, 2013

Kuih Bakar Pandan

salam buat semua yang mengunjung dan tidak jemu2 mengunjungi blog reen yang tidak seberapa ini.
hari ini hari ahad hari yang begitu padat dengan jadual rutin harian.rutin memasak yang awal kerana azrina
akan ke tuisyen pukul 1.00pm sehingga pukul 5.00pm.

Jadi rutin memasak untuk hari ahad kena awal dari hari hari biasa.setelah memasak juadah tengah hari yang  bertemakan selera kampung ..jom2 kita tengok apa lah juadahnya ..ala lauk2 biasa yang emak kita dulu masak.. pucuk paku masak lemak bubuh tempe..nak cerita pasal tempe ini azrina suka sangat makan tempe 
ikan kembong masak sambal tapi yang penting sambal itu tidak pedas..kalau pedas riuh sekampung..
Bagi reen ..sambal kalau tak pedas bukan la namanya sambal..tapi anak dan suami tidak suka makan pedas..

kalau makan pedas sikit  riuh sekampung macam ayam nak bertelor hehehehe..reen buat sambal belacan..yang pastinya guna belacan bintulu sarawak...sebabnya stok belacan dari melaka kehabisan stok di rumah ini.ikan masin goreng ..berulam dengan timun..ikan kembong goreng bersama salad rambu ramba..licin dikejakan 3 beranak .lepas saja makan berkejar pulak menghantar azrina ke tuisyen.ini la rutin hari ahad .

opss panjangnya reen dok berstory..hehehe ini baru nak cerita pulak kuih bakar pandan ini..kuih kegemaran arwah mak reen..paling arwah mak suka boleh dikatakan selepas kali arwah pergi mengaji pastinya arwah akan beli kuih bakar ini dengan kakak miza yang tinggal di belakang rumah mak ngah di pandamaran jaya, pelabuhan klang.kak miza itu memang terkenal dengan kuih bakar,kuih lapis dengan kuih serimuka yang sangat sedap cukup lemak serta manis..

Bila buat kuih bakar pandan ni reen teringat arwah mak reen.dan sentiasa mengingati mak 
 alfatihah buat mak..

Terima kasih juga pada kawan muka buku reen puan Nor Azua Amlan yang sudi menolong reen menbeli acuan kuih bakar pecah 8 ini..amboi2 kemain lagi acuan ini naik belon dia lagi 


Bahan-bahan 
1 cawan gula
1 cawan jus pandan 
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan pekat
2 sudu kecil butter
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Bijan jika suka

Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan-bahan dan blend sampai sebati.kemudian tapis
2. Masukkan 2 sudu kecil minyak dalam loyang acuan kuih bakar pecah 8.
3. Panaskan loyang acuan kuih bakar  dalam oven.
4. Bila minyak sudah panas, masukkan mixture kuih tadi, taburkan bijan

5. Bakar 180'C sampai brown atau garing  lebih kurang 50 minit.

8 comments:

Ummi said...

Assalam Reen, nampak sedap pulak kuih bakar...lama x buat, lama x makan sebenarnya...hehe.. Eh tengok acuan tu, teringat pulak nak cari kita punya...mana daaahh, pindah2 hari tu, ambik ke x...adoooiii. Kena pi jenguk blk kat rumah lama... ^__^

MamaFaMi said...

Assalamualaikum Reen...

Sedapnya kuih bakar pandan ni. Nak buat pun bukan susah mana kan, main blend je semua, tapis dan bakar. Yang susahnya, bila tak rajin nak buat.. hehehe

Ezza Muffinbiru said...

As salam..selalu nya kuih bakar ni tak sehijau sebegini...nampak daring betul kaler dia..apa apa pun tahniah sebab berjaya membuat nya...

REEN KHAN said...

wsalam ummi
acuan pecah 8 ini pun reen minta kawan reen belikan..
kuih bakar ini sedap tapi tak la boleh makan over sgt kan hehehe

REEN KHAN said...

wsalam mamafami
itu la bukan susah sangat godek2 bakar siap la tapi kalau M sudah atas kepala ..ermmm itu yang macam slow je kan

REEN KHAN said...

wsalam ezza
reen letak oil base color hijau dengan air pandan itu mengancam colornya pastu edit pulak pic itu ..

Delima Zamrud said...

Ermmm nie kuih kegemaran D5 nie tgk gambar pun dah tau sedap kan mau 1 bunga tu habis kan :)

norzila said...

wah kak reen sedap nye..teringat zila bila balik melaka mesti nak beli..suka makan tapi xpnh wat..ingat hati tu susah..hehehe

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...