Tuesday, February 26, 2013

Cheese Cake

Resepi: Cheese Cake
Terima kasih pada zura kerana sudi berkongsi resepi cheese cake yang sedap ini dan yang penting sangat sedap..pada pengemar cheese pasti terliur kan..cuma biskut saltcheese ini agak susah nak jumpa di semenanjung ..hanya terdapat di sarawak .


Begini la rupanya biskut yang digunakan dalam resepi cheese cake yang sedap ini senang saja hanya celup dengan full cream milk dan susun je ..jom kita lihat resepinya dan selamat mencuba
Bahan bahannya
4 peket biskut saltcheese
200 gm creamcheese jenama Tantura
125gm  buttercup
3-4 sudu besar gula
1 kotak besar susu full cream dutchlady

Caranya
mix creamcheese, buttercup dan gula sehingga sebati.sapu pada loyang pada lapisan yang nipis kemudian celup biskut saltchesse dengan susu fullcream itu sekejap dan susun sehingga menutupi loyang
kemudian lapiskan dengan creamcheese dengan lapisan yang nipis lapis denagn biskut saltcheese yang dicelup dahulu dengan susu fullcream
ulangi sehingga habis
sejukkan 3-4 jam di dalam peti ais
sangat sedap dinikmati sejuk sejuk..nyaman (sedap) kata orang sarawak ..

Kesempatan ini reen ingin mengucapkan terima kasih pada nur baizura moktar ..dan selamat menjalani kehidupan sebagai bakal ibu.. dan selamat melahirkan baby yang comel..



6 comments:

umi's cup cake said...

Salam kak reen,
rindunya..sedapnya nampak cheesecake tu...kak reen jual la biskut tu ke semenanjung..

Shiela said...

sedapnyer nampak.. post sini sikit beb.. ;P

Anonymous said...

salam, nak tahu kat mana blh saya dapatkan saltcheese kraker ni??cari kat kedah x jumpa....

REEN KHAN said...

w'salam umi..
insyallah kalau ada permintaan pasti kak reen jual biskut ni kat semenanjung nanti

REEN KHAN said...

sheila
sedap sgt ..nak mebuat nya sempoi je ..

REEN KHAN said...

wsalam
biskut ni memang sukar nak dapat di semenanjung..hanya di sarawak saja

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...