Salam semua ..
Lauk lauk yang berunsur kan tempoyak ini mengamit gamit nasi untuk ditambah tambah lagi dan lagi. reen masak lauk lemak tempoyak ini berganding pulak dengan sambal udang petai,peria goreng dan ikan kurau masin.. apa lagi bersilang pangkah tangan kami 3 beranak makan tengah hari tadi.alhamduliah..
Yang masih menjadi tanda tanya sampai sekarang apa nama ikan ini??.. rupanya macam jenahak tapi penjual itu kata bukan jehanak.. ada gelaran nya dalam bahasa sarawak.cuma suami reen tidak ingat..
katanya. ikan ini sangat sedap dibuat masak sup,asam pedas atau masak kari..
Semasa suami reen beli ikan ini sangat segar .sekilo Rm 20.00 sahaja .. suami reen beli seekor besar cuma Rm28.00 sekilo lebih berat ikan ini.
Ikan tenggiri/merah/jenahak masak tempoyak
Bahan2
5 keping ikan
2 senduk Tempoyak
1 senduk cili api yang sudah dtumbuk bersama kunyit hidup
Tumbuk lumat atau blender halus
2 cawan air / santan cair
1 helai daun kunyit dicarik2 atau daun limau purut dihiris halus
garam scukup rasa dan
1 sudu kecil gula
sedikit serbuk kunyit menambah kekuningan masakan
Cara2
Masukkan semua bahan kedalam periuk
Jerang atas api sederhana hingga ikan masak
kacau selalu supaya kuah ini tidak bertahi minyak
No comments:
Post a Comment