Thursday, August 9, 2012

NASI MINYAK


Bahan2:
3 cawan beras Basmathi(rendam 1/2 jam)
4 biji bwg merah (hiris halus)
2 biji bwg putih (hiris halus)
1 senduk kecil minyak sapi
1 sudu besar rempah soto Tok Mak (optional)
2 biji bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
2-3 biji buah pelaga
2-3 biji cengkih
1 sudu kecil jintan manis
1/2 biji tomato (buang biji, hiris kecik2)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara2:
Masak nasi saya cuma pakai periuk nasik elektrik sahaja.
Tapi masa nak tumis bahan2 itu...keluarkan periuk dan tenggek periuk itu atas api.
Panaskan minyak sapi itu dalam periuk, kemudian tumislah bawag merah, putih,bunga lawang,kulit kayu manis, buah pelaga,cengkih & jintan dan rempah soto tok mak.
Bila bawang dah agak garing, masukkan beras yang sudah direndam dan tapis dulu.
Kacau2 pelan sampai rata minyak ke segenap beras. Jangan kacau ganas2 nanti beras patah.
Kemudian buh la air dlm 1/2 tinggi dari tinggi beras.
Sukat pakai tangan jer ok.
Masukkan garam dan tomato yg dah dihiris tu.
Matikan api. Kemudian angkat periuk tu masukkan dlm periuk nasik untuk masak secara elektrik pulak.
Bila dah masak itu..biarkan dulu nasi itu sebentar.
Lepas 10 minit baru dikacau. Gembur2kan macam biasa 

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...