Thursday, August 9, 2012

AYAM REMPAH BERMADU


Bahan-bahan 
  • 1/2 ekor ayam
  • garam
  • kunyit
  • 1 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 sudu besar rempah soto TOK MAK 
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
  • bawang besar
  • cili kering
  • madu
  • gula merah
  • sos/tomato puree
  • air
  • rempah 4 sekawan
Cara-cara
  1. Potong ayam bersihkan ayam. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
  2. Goreng ayam separuh masak, ketepikan.
  3. Panaskan minyak, goreng bawang besar dan rempah 4sekawan . Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan tomato puree,rempah soto tok mak ,madu, gula merah & air. Kacau.
  5. Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
  6. Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.

No comments:

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...