Friday, July 27, 2012

Rojak Mamak


Bahan Cucur (Lembut): 
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil gula
1/4 sudu kecl garam
125 ml air suam
1 biji telur dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

Kuah rojak
Bahan-bahan:
450 gm keledek atau ubi kentang - direbus empuk
2.5 liter air
4 sudu besar cili kisar semasa kisar sekali dengan 3 biji bawang kecil dan 2 ulas bawang putih 
3 sudu besar gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
1/2 sudu besar asam jawa + 2 camb air (pekat)
2-3 sudu besar kacang tanah - digoreng & dikisar halus 
1 kiub ayam 
sedikit air tepung jagung jika perlu untuk memekatkan kuah 
Sedikit bijan goreng tanpa minyak

Cara membuat:-
-kisar keledek/ubi kentang sehingga halus.
-tumis cili kisar yang telah dikisar bersama bawang dan bawang putih sehingga naik bau
-masukkan keledek/ubi kentang yg telah diblend, gaul sebati masukkan air,kiub ayam,garam
- selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yang pekat2
- kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah diblend
- last sekali bolehlah dimasukkan bijan goreng dan dikacau sehingga sebati
-balancekan rasanya mengikut citarasa anda .. pedas,manis dan lemak 

Bahan Sampingan:
Tauhu goreng
Sengkuang
Timun
Kentang direbus
Telur rebus


5 comments:

Mel said...

Sedapnya rojak!!Rajin betul akak buat.
Nak tanya, mana dapat tauhu area bintulu ni?Farley/Singkwong/ParkCity?
TQ

REEN KHAN SHARIFF said...

terima kasih mel
selalu beli di farley atau parkcity.. ada juga beli di kampung baru ..terlanjur nak beli ikan di sana
mel orang bintulu ke?

Mel said...

Orang Johor tapi baru duk Bintulu baru masuk bulan ke 8.Kmapung baru kat mana ea??Baru nak explore bintulu nih!!^^

REEN KHAN SHARIFF said...

ooo saya orang selangor merantau di bintulu juga ..mel guru ke ? pasar kampung baru itu berhampiran dengan airport lama ..

Mel said...

ooo..baru tau pasar ikan tu namanya kg baru..slalu g gak.Follow husband kat sini, bukan guru tp bekas guru..hihi

Pulut Mangga Thailand

Pulut Mangga Thailand Bahan-bahan  3 biji mangga  2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak (optional) Pulut Kukus ...