Tuesday, July 17, 2012

Carnation Cookies

 Dasyat betul bila mood nak mengukis ..ada saja idea yang datang tanpa diundang ..alhamduliah.pagi ini hujan lebat di bintulu sedapnya tidor kan tapi pagi ini terlalu banyak urusan perlu di selesaikan .
urusan ke pejabat pos untuk poskan parcel2 tempahan .. selesai semua balik on pc tengok2 mana yang patut. selesaikan kerja rumah yang menanti.
Sambil2 itu mata sentiasa menjeling jeling kat pc untuk melihat oder masuk .. deringan talipon rumah berbunyi.. gerak hati ..mesti aliff yang call tekanan mamanya sentiasa betul.. hello mama buat apa? dah masak ke? masak apa hari ini? ini la pertanyaan rutin alif.
Bahan-bahan :
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan marjerin / mentega
  • 1/2 sudu kecil  baking powder
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla 
  • 1/2 cawan gula kastor (dikisar halus) - jika menggunakan gula aising, lebihkan sedikit sukatannya.
  • sedikit strawberry paste 
  • pewarna merah jambu- optional 
Cara-cara :
  1. Tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard dan baking powder diayak  bersama.
  2. Pukul gula, mentega dan telur hingga sebati. reen guna whisk sahaja  Masukkan vanila, kacau rata.
  3. Masukkan tepung. kaup pelahan dengan spatula supaya menjadi doh.bahagikan 2 bahagian  1 bahagian di letak kan strawberry paste dan sedikit pewarna merah jambu dan 1 bahagian warna asal.
  4. Simpan di dalam bekas kedap udara sementara membentuknya. 
  5. Untuk membentuk, ambil 2 warna  dan tekan ke dalam acuan biskut semperit pecah 15.
  6. hiaskan dengan coklat chip.atau guna acuan bintang kecil picitkan sedikit atas biskut tadi sebagai hiasan.
  7. Bakar pada 170 C selama 15 -20 minit atau hingga masak.api bawah saja.
  
 ok lah reen pun sudah berkongsi resepi ini.cubalah untuk hari raya nanti .biskut ini sangat sweet rupanya kan ..dan nama nya pun reen dari dapat dari group masak masak reen di facebook  SEMANIS RASA .Terima kasih pada Puan Mahani Hussain.Terima kasih juga pada kawan kawan di semanis rasa yang selalu berkongsi resepi yang enak enak dan semua nya tak pernah lokek berkongsi resepi di group itu .

8 comments:

Sally Rashid said...

cantik sangat..mcm carnation betul

REEN KHAN said...

terima kasih sally .. :)

Nuwairani Ismail said...

cantiknya!! memang meriah warna2 tu. bunga pun nampak menjadi!

Lydia Honey said...

lawo biskut akak..last year pon Lydia buat cam ni kasi tunjuk terer kat my ipar arab...insha'Allah this yera nak buat lagi..

Anonymous said...

Eklusif...cute n nyumm2..

Azie said...

As salam. Cantiknyer biskut dan gambarnya juga. Reen guna lense ke utk muatkan biskut tu dg besar gambarnya

rhashim578 said...

salam Reen....kat mana nk beli acuan semprit pecah 15...cantiiikkk sangat biskut Reen.

https://www.facebook.com/wane.ninie said...

salam sis,kt mne nk beli acuan biskut ni?cntik sgt..ni terap pakai acuan besar or guna acuan kecil yg tolak pakai jari tu? tq

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...