Monday, March 5, 2012

Mee Jawa



Bahan-bahan
  • mee kuning sebungkus (celur)
  • 2 biji sedang keledek merah (rebus & lecek)
  • 1 biji bawang besar (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 2 senduk kecil cili boh
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 10 ekor udang sedang *
  • 1 genggam udang kering (tumbuk)
  • garam dan gula
  • 2 sudu besar rempah soto TOK MAK
  • 2.5 liter air (boleh adjust)
  • minyak masak
Cara-cara
  1. * rebus udang dengan garam. air rebusan diambil dan dikisar kulit udang. Hampas udang ditapis & diambil airnya shj.
  2. tuang minyak dalam periuk & tumis serai, bawang besar & putih serta udang kering hingga wangi
  3. kemudian masukkan cili boh dalam tumisan tadi dan rempah soto TOK MAK serta goreng hingga pecah minyak.
  4. selepas itu, masukkan air rebusan udang & biarkan mendidih sedikit
  5. apabila sudah mendidih, masukkan keledek dan kacau hingga kuah sebati
  6. akhir sekali perasakan dengan garam & gula serta masukkan udang.
  7. bolehla dihidangkan bersama hiasan

3 comments:

CitarasaKu said...

sedapnya...lama tak makan mee jawa..tiba tiba terasa pulak...haha

Rohah said...

enaknya mee jawa kak..pasti kalah mee jawa Pasar Jawa klang..hehe

zila4ever said...

salam kenal kak,suka tgok blog akk nie..mcm2 ada..pic semua cantik2..:)

kongsiresepi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...